MA’RAKAH CAMP, SOUTHERN LEBANON, 27 July 2026 – An officer and two Non Commissioned Officers from the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) took part in the United Nations (UN) Medal Presentation Parade for MALBATT 850-13, held at Ma’rakah Camp in Southern Lebanon.
The UN Medal Presentation Parade was officiated by the Western Sector Commander of the United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL), Brigadier General Andrea Fraticelli, representing the UN Secretary-General, Head of Mission, and Force Commander of UNIFIL. Also present were MALBATT 850-13 Commander, Colonel Mohd Rizal bin Mohd Ali, and the representative of the Malaysian Ambassador to Lebanon, Mr Johan Arief bin Jaafar. Meanwhile, the MALBATT 850-13 Deputy Commander, Lieutenant Colonel Zain Azrai bin Hj Karia, served as the Parade Commander, while the RBAF contingent was led by Major Md Ihya’uddin bin Hj Ishak.
The parade began with a general salute, followed by the presentation of UNIFIL Medals to members of the MALBATT 850-13 contingent. This was followed by a special address by the Western Sector Commander, who expressed his utmost appreciation for and praise of the MALBATT 850-13 contingent for its continued service and contribution towards ensuring stability in southern Lebanon.
The award represents the highest recognition for the officers and personnel of MALBATT 850-13, including the RBAF contingent as UNIFIL peacekeepers. It also reflects the international community’s appreciation of the contingent’s outstanding performance, unwavering dedication, and world-class commitment to preserving peace in a conflict zone.
The medal serves as a meaningful morale boost, encouraging the personnel to continue carrying out their responsibilities with discipline and professionalism while upholding the excellent reputation of the Malaysian Armed Forces and the RBAF on the global stage until the mission is fully completed. The next UN Medal Parade for the entire MALBATT 850-13 contingent, including all RBAF personnel, is scheduled to take place on 4 August 2026.





KONTINJEN MALBATT 850-13 ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI MENYERTAI PERBARISAN PENGANUGERAHAN PINGAT PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU
KEM MA’RAKAH, SELATAN LUBNAN, 27 Julai 2026 – Seorang pegawai dan dua anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah menyertai Perbarisan Penganugerahan Pingat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Kontinjen MALBATT 850-13 yang berlangsung di Kem Ma’rakah, Selatan Lubnan.
Penganugerahan Pingat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu disempurnakan oleh Komander Sektor Barat Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL), Brigedier Jeneral Andrea Fraticelli, yang mewakili Setiausaha Agung PBB, Ketua Misi dan Komander UNIFIL. Turut hadir ialah Komander MALBATT 850-13, Kolonel Mohd Rizal bin Mohd Ali, dan Wakil Duta Besar Malaysia ke Lubnan, Encik Johan Arief bin Jaafar. Timbalan Komander MALBATT 850-13, Leftenan Kolonel Zain Azrai bin Hj Karia, dilantik sebagai Ketua Perbarisan, manakala Mejar Md Ihya’uddin bin Hj Ishak mengetuai kontinjen ABDB.
Perbarisan dimulakan dengan tabik hormat, diikuti dengan penyampaian Pingat PBB kepada pegawai dan anggota kontinjen MALBATT 850-13. Upacara diteruskan dengan ucapan khas daripada Komander Sektor Barat UNIFIL yang merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas khidmat bakti dalam membantu mengekalkan kestabilan di Selatan Lubnan.
Penganugerahan ini merupakan pengiktirafan tertinggi kepada pegawai dan anggota MALBATT 850-13, termasuk kontinjen ABDB yang telah ditetapkan sebagai anggota pengaman UNIFIL. Penghargaan ini juga mencerminkan penghargaan masyarakat antarabangsa terhadap komitmen, dedikasi dan profesionalisme kontinjen dalam melaksanakan amanah menjaga keamanan di kawasan konflik.
Pingat ini diharap menjadi pemangkin semangat kepada seluruh anggota untuk terus melaksanakan tugas dengan penuh disiplin dan tanggungjawab, di samping mengekalkan reputasi cemerlang Angkatan Tentera Malaysia dan ABDB di peringkat antarabangsa. Upacara Perbarisan Penganugerahan Pingat PBB bagi keseluruhan Kontinjen MALBATT 850-13, termasuk semua anggota ABDB, dijadualkan berlangsung pada 4 Ogos 2026.