BOLKIAH GARRISON, Wednesday, 30 September 2026 – Colonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Joint Force Commander, Royal Brunei Armed Forces (RBAF), received a courtesy call from Mr Paht Tanattanawin, Deputy Head and Head of Operations of the International Committee of the Red Cross (ICRC) Bangkok Regional held at the Ministry of Defence, Bolkiah Garrison.
The call brought together senior representatives from both organisations to explore avenues for future cooperation on International Humanitarian Law (IHL) and its practical application in contemporary military operations. Representing the ICRC Regional were Mr Thom Geiser, Military and Armed Group Delegate and Ms Clémentine Rendle, Regional Legal Advisor to Brunei Darussalam. Meanwhile, accompanying the Joint Force Commander were the Chief of Staff Joint Force RBAF and the Head of the Cyber Defence Unit, Joint Force RBAF.
During the call, the Joint Force Commander welcomed Mr Paht Tanattanawin and the delegation, and expressed appreciation for the ICRC’s engagement with RBAF. Discussions centered on implementation of IHL in military practice, including training, doctrine, and operational planning; the protection of civilians during armed conflict and violence; and cyber implications in humanitarian operations.
The engagement underscored Brunei Darussalam’s commitment to the rules-based international order, the protection of civilians, and strict adherence to applicable international law during armed conflict.
The ICRC is an independent, neutral humanitarian organisation that protects and assists people affected by armed conflict and other violence. Its work includes helping wounded people, visiting detainees, reconnecting separated families, and promoting respect for the IHL. The ICRC Bangkok Regional covers Brunei Darussalam and six other Southeast Asian countries.
PEMERINTAH ANGKATAN BERSAMA TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA THE INTERNATIONAL COMMITTEE OF THE RED CROSS (ICRC) BANGKOK REGIONAL
BOLKIAH GARISON, Rabu, 30 September 2026 – Kolonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Pemerintah Angkatan Bersama, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), telah menerima kunjungan hormat daripada Mr Paht Tanattanawin, Deputy Head and Head of Operations of the International Committee of the Red Cross (ICRC) Bangkok Regional di Kementerian Pertahanan, Bolkiah Garison.
Kunjungan tersebut menghimpunkan perwakilan Pegawai Kanan daripada kedua-dua organisasi bagi meneroka ruang kerjasama pada masa hadapan dalam bidang Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa (International Humanitarian Law – IHL), termasuk aspek pelaksanaan praktikalnya dalam operasi ketenteraan masa kini. Turut hadir mewakili ICRC Bangkok Regional ialah Mr Thom Geiser, Military and Armed Group Delegate, dan Ms Clémentine Rendle, Penasihat Undang-Undang Serantau bagi Negara Brunei Darussalam. Manakala, mengiringi Pemerintah Angkatan Bersama ABDB ialah Ketua Staf dan Ketua Unit Pertahanan Siber, Angkatan Bersama ABDB.
Dalam kunjungan tersebut, Pemerintah Angkatan Bersama ABDB mengalu-alukan kehadiran Mr Paht Tanattanawin dan delegasi, serta merakamkan penghargaan atas kunjungan ICRC ke ABDB. Perbincangan tertumpu kepada pelaksanaan IHL dalam ketenteraan, termasuk aspek latihan, doktrin dan perancangan operasi; perlindungan orang awam semasa konflik dan keganasan; serta implikasi siber semasa operasi kemanusiaan.
Kunjungan ini mencerminkan komitmen Negara Brunei Darussalam terhadap sistem antarabangsa yang berasaskan undang-undang, perlindungan orang awam serta pematuhan terhadap undang-undang antarabangsa yang berkaitan semasa konflik.ICRC merupakan sebuah organisasi kemanusiaan yang bebas dan berkecuali, yang berperanan melindungi serta membantu individu yang terjejas akibat konflik dan situasi keganasan yang lain. Antara usaha ICRC termasuk memberikan bantuan kepada mereka yang cedera, mengunjungi tahanan, membantu menghubungkan semula anggota keluarga yang terpisah serta menggalakkan penghormatan terhadap IHL, iaitu peraturan yang bertujuan mengurangkan penderitaan dan kemudaratan semasa peperangan. ICRC Bangkok Regional meliputi Negara Brunei Darussalam dan enam buah negara lain di Asia Tenggara.




