GADONG, Saturday, 07 November 2026 – The Joint Force Royal Brunei Armed Forces (JF RBAF) held an Appreciation Night Ceremony at Rizqun International Hotel to commemorate the service for 14 Senior Officers and Officers who have served at JF RBAF.

Present as the Guest of Honour was Yang Mulia Colonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Joint Force Commander, RBAF. Also present were Deputy Joint Force Commander, Senior Officers, Officers, Sergeant Major JF RBAF, and their spouses.

The ceremony commenced with a group photo session followed by the formal signing of the parchment. The ceremony continued with the recitation of Surah Al-Fatihah and Doa Selamat, and then proceeded with a speech delivered by the Joint Force Commander dedicated to the 14 Senior Officers and Officers who had honourably served at JF RBAF, while warmly welcoming 23 new Senior Officers and Officers joining the JF RBAF onboard. 

In his address, he expressed appreciation for the outgoing officers, acknowledging their unwavering dedication and invaluable contributions throughout their tenure at JF RBAF. Concluding his speech, he expressed profound gratitude to the spouses of the officers, recognising their vital support and understanding of the demanding duties and responsibilities shouldered by their husbands and wives.

The ceremony continued with the presentation of mementos showcasing the outgoing officers’ involvement as a token of appreciation for their contributions throughout their service at JF RBAF.

MAJLIS MAKAN MALAM BAGI MENGHARGAI PEGAWAI-PEGAWAI ANGKATAN BERSAMA ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI

GADONG, Sabtu, 07 November 2026 – Angkatan Bersama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (AB ABDB) telah mengadakan Majlis Makan Malam bertempat di Rizqun International Hotel bagi memperingati jasa bakti bagi 14 Mantan Pegawai-Pegawai Kanan dan Pegawai-Pegawai yang pernah berkhidmat di AB ABDB.

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Mulia Kolonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Pemerintah AB ABDB. Turut hadir ialah Timbalan Pemerintah AB ABDB, Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai, Sarjan Mejar serta pasangan masing-masing.

Majlis dimulakan dengan sesi bergambar ramai dan diikuti dengan menandatangani Lembaran Kenangan. Majlis diteruskan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat, sebelum disusuli dengan ucapan penghargaan yang disampaikan oleh Pemerintah AB ABDB, khusus ditujukan kepada 14 Mantan Pegawai-Pegawai yang telah berkhidmat di AB ABDB. Pada masa yang sama, majlis turut mengalu-alukan kehadiran 23 Pegawai-Pegawai Kanan dan Pegawai-Pegawai baharu yang ditempatkan di AB ABDB. 

Dalam ucapannya, Pemerintah AB ABDB merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pegawai-pegawai yang telah berkhidmat di AB ABDB atas dedikasi, komitmen serta sumbangan yang tidak ternilai sepanjang tempoh perkhidmatan.

Pemerintah AB ABDB turut menzahirkan penghargaan yang mendalam kepada pasangan pegawai-pegawai atas sokongan, pengorbanan serta kefahaman dalam mendukung tanggungjawab dan amanah tugas yang dipikul oleh pasangan masing-masing.

Majlis pada malam tersebut diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada pegawai-pegawai yang diraikan bersama pasangan masing-masing sebagai tanda penghargaan dan kenang-kenangan atas segala jasa, khidmat serta sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat di AB ABDB.