Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

TAKLIMAT JAWATANKUASA RONDAAN SENEGARA (JRS) BERSAMA JABATAN PERANCANG BANDAR DAN DESA KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

BANDAR SERI BEGAWAN, ISNIN, 23 MEI 2022 - Markas Angkatan Bersama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (MAB ABDB) telah mengendalikan Taklimat Jawatankuasa Rondaan Senegara (JRS) kepada Pemangku Pesuruhjaya, Jabatan Perancang Bandar dan Desa berserta Sub-Commiteee on Land Demarcation.

Turut hadir semasa Taklimat berkenaan ialah Ahli Jawatankuasa JRS yang diketuai oleh Ketua Staf Angkatan Bersama, Lt Kol Aldi bin Hj Hassan, Peg-Peg daripada MAB ABDB, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), Jabatan Imigresen & Pendaftaran Kebangsaan (JIPK), Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED,) dan Biro Kawalan Narkotik (BKN).

Tujuan Taklimat berkenaan adalah bagi mengkongsikan maklumat JRS yang diperlukan bagi sebarang perancangan projek-projek pembangunan dibawah kelolaan Jabatan Perancang dan Desa terutama sekali yang melibatkan kawasan-kawasan hotspot.