Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

TAKLIMAT JAWATANKUASA RONDAAN SENEGARA (JRS) BERSAMA PENGHULU-PENGHULU DAN KETUA-KETUA KAMPONG DAERAH BRUNEI DAN MUARA

BANDAR SERI BEGAWAN, ISNIN, 13 JUN 2022 - Markas Angkatan Bersama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (MAB ABDB) telah menghadiri taklimat dan pertemuan secara fizikal bagi perlaksanaan Outreach Programme (Key Leaders Engagement bersama dengan Pegawai Daerah, Penghulu-Penghulu dan Ketua-Ketua Kampong Daerah Brunei dan Muara. Turut hadir juga adalah dari wakil-wakil Pegawai Penguatkuasa JRS daripada Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (KDN), Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED), Jabatan Immigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK), Biro Kawalan Narkotik (BKN) dan Pegawai-Pegawai daripada MAB ABDB yang diketuai oleh Ketua Staf Angkatan Bersama Lt Kol Aldi bin Hj Hassan.

Perjumpaan tersebut dimulakan dengan kata-kata aluan daripada Yang Mulia Awg Misle bin Hj Abd Karim, Pegawai Daerah Brunei dan Muara. Inisiatif perjumpaan tersebut adalah untuk memberikan maklumat dalam menangani aktiviti-aktiviti yang melanggar undang-undang Negara Brunei Darussalam serta membuat pendekatan bersama Ketua-Ketua Akar Umbi demi meningkatkan kepercayaan penduduk setempat terhadap Agensi-Agensi Keselamatan. Selain daripada itu, ianya adalah usaha untuk meningkatkan penglibatan orang awam dalam membanteras jenayah termasuk untuk mendapatkan maklumat mengenai sebarang aktiviti jenayah yang berlaku di kawasan operasi.

Majlis sesi perjumpaan itu diakhiri dengan sesi perbincangan bersama Penghulu-Penghulu dan Ketua-Ketua Kampong yang mana hasil dari sesi tersebut menunjukkan keperihatinan serta pemedulian mereka dalam sama-sama menjaga keselamatan penduduk kampung di kawasan tangunggjawab masing-masing.