Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

LAWATAN YANG MULIA PEMERINTAH ANGKATAN BERSAMA ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI KE EKSESAIS SEMANGAT SATRIA 2022

TEM 302CISNIN, 13 JUN 2022 - Yang Mulia Brigedier Jeneral (U) Hj Alirupendi bin Hj Peruddin, Pemerintah Angkatan Bersama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (Pem AB ABDB) bersama rombongan telah membuat lawatan ke Eksesais Semangat Satria 2022 di Tapak Eksesais TEM 302C. Menerima rombongan adalah Pegawai Pemerintah Askar Simpanan Melayu Diraja Brunei (ASMDB), Leftenan Kolonel Muhammad Suradzin bin Haji Muhammad Yusof.

Ketibaan rombongan disambut dan seterusnya mendengarkan taklimat yang disampaikan oleh 452 AS Kapten Haji Mohamad Hasmin bin Haji Lilah.

Tujuan eksesais adalah untuk mengekalkan lagi tahap kesiapsiagaan terutama sekali dalam sama-sama berganding bahu dalam menjaga keamanan dan kedaulatan Negara Brunei Darussalam.