Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

JOINT FORCE COMMANDER WORKING VISIT TO THE DEPARTMENT OF CIVIL AVIATION, MINISTRY OF TRANSPORT AND INFOCOMMUNICATIONS

BERAKAS, Wednesday, 07 September 2022 - Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Joint Force Commander made a working visit to the Department of Civil Aviation, Ministry of Transport and Infocommunications. The delegation was welcomed by the Acting Director of the Civil Aviation Department, Mohammad Azlan bin Mohammad Junaidi. Also present were the Acting Chief of Staff as well as Staff Officers of the Joint Force Headquarters.

The visit began with a briefing session on the responsibilities of the National Search and Rescue Coordination Center which includes the role of the coordination center as a focal point for government agencies in the country as well as coordination at the regional level for Search and Rescue Operations. The briefing ended with a discussion session. The delegation was then taken to see more closely the role and function of the Emergency Preparedness Area Room (EPAR), Approach Control Center (ACC) and Air Traffic Control Tower.

Among the purpose of the visit is to further strengthen the cooperation between the two sides in supporting and coordinating any search and rescue requirements within and outside the country. At the same time, it also allows both sides to share information and exchange opinions, especially to ensure the effectiveness of each other's role in assisting with any search and rescue requirements.



LAWATAN KERJA PEMERINTAH ANGKATAN BERSAMA KE JABATAN PENERBANGAN AWAM, KEMENTERIAN PENGANGKUTAN DAN INFOKOMUNIKASI

BERAKAS, Rabu, 07 September 2022 – Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Pemerintah Angkatan Bersama (AB) Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah membuat lawatan kerja ke Jabatan Penerbangan Awam, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi. Rombongan lawatan tersebut disambut oleh Pemangku Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Mohammad Azlan bin Mohammad Junaidi. Turut hadir ialah Pemangku Ketua Staf AB ABDB serta Pegawai-Pegawai Staf Markas Angkatan Bersama (MAB) ABDB.

Lawatan tersebut dimulakan dengan sesi taklimat mengenai dengan tanggungjawab Pusat Koordinasi Mencari dan Menyelamat Kebangsaan (National Search and Rescue Coordination Centre) yang merangkumi peranan pusat koordinasi tersebut sebagai fokal point kepada agensi-agensi kerajaan didalam negara dan juga penyelarasan di peringkat serantau bagi Operasi Mencari dan Menyelamat. Taklimat diakhiri dengan sesi perbincangan. Rombongan seterusnya dibawa untuk melihat dengan lebih dekat peranan dan fungsi Emergency Preparedness Area Room (EPAR), Approach Control Center (ACC) dan Menara Kawalan Lalulintas Udara.

Antara tujuan lawatan tersebut adalah bagi mengukuhkan lagi kerjasama diantara kedua-dua pihak dalam sama-sama mendokong dan mengkoordinasi apa jua keperluan mencari dan menyelamat didalam dan diluar negara. Pada masa yang sama ianya juga membolehkan kedua-kedua belah pihak berkongsi maklumat dan bertukar-tukar pendapat khususnya bagi memastikan keberkesanan peranan masing-masing dalam membantu menangani sebarang keperluan mencari dan menyelamat.