Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

JFHQ COMMANDER RECEIVES A COURTESY CALL FROM THE DEFENCE ADVISER OF INDIA TO MALAYSIA, ACCREDITED TO BRUNEI DARUSSALAM
​BOLKIAH GARRISON, Thursday, 15 September 2022 – Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Commander of the Joint Force Headquarters (JFHQ) received a courtesy call from Colonel Sanjeev Vijaykumar Sarma, Defence Adviser of India to Malaysia accredited to Malaysia this afternoon. Also in attendance was the Staff Officer Grade 1, J4 cell. 
 
During the introductory call, JFHQ Commander welcomed Colonel Sanjeev Vijaykumar Sarma to Brunei Darussalam and reaffirmed the strong bilateral relationship between the RBAF and the India Force. Both sides discussed their commitment to further strengthen the cooperation between both armed forces and enhance opportunities to train and interact together, both bilaterally and multilaterally, in areas of mutual benefit and interest.
 
Colonel Sanjeev Vijaykumar Sarma is Defence Adviser of India to Malaysia, who is accredited to Brunei Darussalam since 14 October 2019. He is currently in Brunei Darussalam for his introductory visit. 



 
PEMERINTAH MAB MENERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA PENASIHAT PERTAHANAN INDIA YANG DIAKREDITASI KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
 
BOLKIAH GARISON, Khamis, 15 September 2022 – Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Pemerintah Angkatan Bersama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (AB ABDB) telah menerima kunjungan hormat daripada Kolonel Sanjeev Vijaykumar Sarma, Penasihat Pertahanan India yang diakreditasi ke Negara Brunei Darussalam pada petang ini. Turut hadir semasa kunjungan pengenalan tersebut adalah Pegawai Turus sel J4. 
 
Semasa kunjungan pengenalan, Pemerintah AB ABDB telah mengalu-alukan kedatangan Kolonel Sanjeev Vijaykumar Sarma ke Negara Brunei Darussalam dan mengesahkan semula hubungan dua hala yang kukuh di antara ABDB dan India Defence Force. Kedua belah pihak juga membincangkan mengenai komitmen untuk memperkukuhkan kerjasama dan meningkatkan peluang untuk mengadakan latihan dan berinteraksi secara dua hala dan pelbagai hala dalam bidang kepentingan bersama. 
           
Kolonel Sanjeev Vijaykumar Sarma adalah Penasihat Pertahanan India ke Malaysia yang diakreditasi ke Negara Brunei Darussalam sejak 14 Oktober 2019. Beliau kini berada di Negara Brunei Darussalam bagi lawatan pengenalan beliau.