Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

JOINT FORCE CONDUCTS BLOOD DONATION CAMPAIGN IN CONJUNCTION WITH THE ROYAL BRUNEI ARMED FORCES 64TH ANNIVERSARY

Bolkiah Garrison, Wednesday, 26 November 2025 The Joint Force Royal Brunei Armed Forces (JF RBAF) organised a Blood Donation Campaign in conjunction with the RBAF 64th Anniversary at the Bolkiah Gymnasium and Multi-purpose Hall. The blood donation campaign was organised by Lieutenant Mohammad Hadi Samsol bin Alex Qurnaine, Staff Officer Grade 3, J2, JF RBAF, and conducted in collaboration with the Blood Donation Centre, Department of Laboratory Services, Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) Hospital, Ministry of Health (MoH), and supported by Imagine Sdn Bhd. The event was open to all officers as well as military and civilian personnel from JFHQ RBAF and Ministry of Defence.

This blood donation campaign marks one of the community activities conducted in conjunction to the RBAF 64th anniversary that was celebrated last 31 May 2025. A total of 65 pints of blood were successfully collected during the campaign, contributing to the replenishment of the national blood bank. Blood donors also received exclusive merchandise as a token of appreciation. In addition, they will also stand a chance to participate in a special lucky draw, with attractive prizes to be announced next year. This gesture not only acknowledges their contribution but also serves as an encouragement for continued support in future donation drives.

In conjunction with the 64th Anniversary of the RBAF, the campaign reflected the commitment of the RBAF in supporting its welfare initiatives through the Heart and Mind approach. The event aimed to inculcating a charitable attitude and a sense of social responsibility among military and civilian personnel to the nation, while also supporting the MoH's efforts to maintain sufficient blood supply for patients in need in Brunei Darussalam.

       

ANGKATAN BERSAMA ANJURKAN KEMPEN DERMA DARAH SEMPENA ULANG TAHUN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI KE-64

Bolkiah Garison, Rabu, 26 November 2025 – Markas Angkatan Bersama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (MAB ABDB) telah menganjurkan Kempen Derma Darah sempena Ulang Tahun ABDB ke-64 di Dewan Gerak Badan Baru, Bolkiah Garison.

Kempen derma darah ini dikendalikan oleh Leftenan Mohammad Hadi Samsol bin Alex Qurnaine, dan dijalankan dengan kerjasama Pusat Pendermaan Darah, Jabatan Perkhidmatan Makmal, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS), Kementerian Kesihatan, dan disokong oleh Imagine Sdn Bhd. Acara ini terbuka kepada semua pegawai serta anggota tentera dan awam dari ABDB dan Kementerian Pertahanan.

Kempen Derma Darah ini merupakan antara aktiviti kemasyarakatan yang dianjurkan oleh ABDB sempena Ulang Tahun ABDB ke-64 yang disambut pada 31 Mei 2025 lepas. Sebanyak 65 pain darah telah berjaya dikumpulkan semasa kempen ini bagi menyumbang kepada pengisian semula tabung darah kebangsaan. Penderma darah juga menerima cenderahati eksklusif sebagai tanda penghargaan. Di samping itu, mereka juga berpeluang menyertai cabutan bertuah istimewa, dengan hadiah menarik yang akan diumumkan tahun depan. Ini bukan sahaja menghargai sumbangan mereka tetapi juga menjadi galakan untuk sokongan berterusan dalam kempen derma pada masa hadapan.

Sempena Ulang Tahun ABDB ke-64, kempen ini mencerminkan komitmen ABDB dalam menyokong inisiatif kebajikannya melalui pendekatan Heart and Mind. Acara ini bertujuan untuk memupuk sikap amal dan rasa tanggungjawab sosial dalam kalangan anggota tentera dan awam kepada negara, di samping menyokong usaha Kementerian Kesihatan untuk mengekalkan bekalan darah yang mencukupi bagi pesakit yang memerlukan di Negara Brunei Darussalam.

       .