Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

THE CERTIFICATE PRESENTATION AND CLOSING CEREMONY FOR THE SENIOR NON-COMMISSIONED OFFICERS LEADERSHIP COURSE SESSION 2/2025

‎‎RIMBA AIRFORCE BASE, Thursday, 27 November 2025 The closing ceremony for the Senior Non-Commissioned Officers Leadership Course Series 2/2025 was held at the Punai Hall, Rimba Air Force Base. A total of 39 participants from the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) successfully completed the course, including Sergeant (U) Mohammad Nazmi bin Mohamad Kamal from Joint Force RBAF.

The Certificate Presentation and Closing Ceremony was presented by the Guest of Honour, Lieutenant Colonel (U) Muhammad Zabri bin Abdul Rahman, Commanding Officer of No. 8 Wing, Training Group, Royal Brunei Air Force.

‎‎The six-week course, conducted from 20 October to 28 November 2025 at the 82 Squadron, No. 8 Wing was aimed to equip participants with the knowledge, skills, and mindset needed to become competent and confident leaders capable of effectively carrying out their duties and responsibilities. The course focused on enhancing participants' ability to influence, guide, and direct individuals or groups towards achieving specific goals. Throughout the course, leadership was emphasised not merely as a position of authority, but as the practice of exemplifying actions, values, and approaches that inspire others by upholding the core values of the RBAF and the principles of the Malay Islamic Monarchy.




MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL DAN PENUTUP KURSUS KEPIMPINAN PEGAWAI TIDAK BERTAULIAH KANAN SESI 2/2025

PANGKALAN TENTERA UDARA, RIMBA, Khamis, 27 November 2025 Majlis Penutup Kursus Kepimpinan Pegawai Tidak Bertauliah (PTB) Kanan Sesi 2/2025 telah diadakan di Dewan Punai, Pangkalan Udara Rimba. Seramai 39 peserta dari Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah berjaya menamatkan kursus ini, termasuk Sarjan (U) Mohammad Nazmi bin Mohamad Kamal dari Angkatan Bersama ABDB.

Majlis Penyampaian Sijil dan Penutup Kursus telah dirasmikan oleh Tetamu Kehormat, Leftenan Kolonel (U) Muhammad Zabri bin Abdul Rahman, Pegawai Pemerintah Cawangan No. 8, Kumpulan Latihan Tentera Udara Diraja Brunei.

Kursus selama enam minggu ini, yang dijalankan dari 20 Oktober hingga 28 November 2025 di 82 Skuadron, Cawangan No. 8, bertujuan untuk melengkapkan peserta dengan pengetahuan, kemahiran, dan pemikiran yang diperlukan bagi menjadi pemimpin yang berkeyakinan dan cekap dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab secara berkesan. Kursus ini menumpukan kepada peningkatan kebolehan peserta untuk mempengaruhi, membimbing, dan memberi hala tuju kepada individu atau kumpulan bagi mencapai matlamat tertentu. Sepanjang kursus, kepimpinan ditekankan bukan sahaja sebagai kedudukan authoriti, tetapi sebagai amalan menzahirkan tindakan, nilai dan pendekatan yang memberi inspirasi kepada anggota yang dipimpin dengan mematuhi nilai teras ABDB serta prinsip Melayu Islam Beraja.