Gadong, Thursday, 2 July 2026 – The Closing Ceremony of the 22nd ASEAN Defence Ministers’ Meeting-Plus Experts’ Working Group on Peacekeeping Operations (22nd ADMM-Plus EWG on PKO) was held at The Centrepoint Hotel, Gadong, marking the successful conclusion of the four-day programme held from 29 June to 2 July 2026.

Co-chaired by Brunei Darussalam and the People’s Republic of China under the 5th Cycle of the ADMM-Plus Experts’ Working Group on Peacekeeping Operations (2024–2027), the programme brought together representatives from ASEAN Member States and the eight ADMM-Plus countries to strengthen practical cooperation in peacekeeping operations. The programme comprised the Peacekeeping Operations (PKO) Seminar, the Women, Peace and Security (WPS) Workshop, and the Final Planning Conference (FPC) for the upcoming ADMM-Plus Peacekeeping Operations Field Training Exercise (FTX).

The Closing Ceremony commenced with concluding remarks by the Heads of Delegation, who expressed their appreciation to the Co-Chairs and the host nation for the successful organisation of the programme and reaffirmed the importance of the ADMM-Plus EWG on PKO in promoting practical defence cooperation, mutual trust, and interoperability.

This was followed by the closing remarks by the Co-Chairs. Senior Colonel Huang Xiangliang, Co-Chair from the People’s Republic of China, thanked all participating delegations for their active engagement and highlighted the productive outcomes achieved throughout the programme while Co-Chair from Brunei Darussalam, Lieutenant Colonel Pengiran Aeddie Masjaffrie bin Pengiran Haji Mohd Ja’afar expressed his appreciation for the delegates’ valuable contributions and reaffirmed the importance of continued collaboration in strengthening peacekeeping capabilities and advancing regional and international peace and security.

The successful conclusion of the 22nd ADMM-Plus EWG on PKO reflects the continued commitment of Brunei Darussalam, the People’s Republic of China, and all ADMM-Plus member states to fostering meaningful defence cooperation and supporting effective and professional peacekeeping operations.

MAJLIS PENUTUP BAGI THE 22ND ASEAN DEFENCE MINISTERS’ MEETING-PLUS EXPERTS’ WORKING GROUP ON PEACEKEEPING OPERATIONS

Gadong, Khamis, 2 Julai 2026 – Majlis Penutup bagi 22nd ASEAN Defence Ministers’ Meeting-Plus Experts’ Working Group on Peacekeeping Operations (22nd ADMM-Plus EWG on PKO) telah diadakan di Hotel Centrepoint bagi menandakan berakhirnya program selama empat hari yang berlangsung dari hari Isnin, 29 Jun hingga hari Khamis, 2 Julai 2026.

Mesyuarat yang dipengerusikan bersama oleh Negara Brunei Darussalam dan Republik Rakyat China di bawah Kitaran Ke-5 ADMM-Plus EWG on PKO (2024–2027) telah menghimpunkan wakil-wakil dari Negara-Negara Anggota ASEAN serta lapan negara ADMM-Plus bagi memperkukuh kerjasama praktikal dalam bidang operasi pengaman. Program tersebut merangkumi Seminar Operasi Pengaman (Peacekeeping Operation)Bengkel Women, Peace and Security (WPS) serta Final Planning Conference (FPC) bagi Field Training Exercise (FTX) yang akan datang.

Majlis Penutup dimulakan dengan ucapan penutup oleh Ketua-Ketua Delegasi yang merakamkan penghargaan kepada Pengerusi Bersama serta negara tuan rumah atas penganjuran program yang berjaya, di samping menegaskan kepentingan ADMM-Plus EWG on PKO sebagai landasan dalam memperkukuh kerjasama pertahanan secara praktikal, memupuk kepercayaan bersama serta meningkatkan interoperabiliti dalam kalangan negara-negara yang mengambil bahagian.

Majlis diteruskan dengan ucapan penutup oleh Pengerusi-Pengerusi Bersama. Senior Colonel Huang Xiangliang, Pengerusi Bersama dari Republik Rakyat China, merakamkan penghargaan kepada semua delegasi atas penglibatan aktif serta sumbangan yang bermakna sepanjang program, di samping menekankan hasil-hasil positif yang telah dicapai. Seterusnya, Leftenan Kolonel Pengiran Aeddie Masjaffrie bin Pengiran Haji Mohd Ja’afar, Pengerusi Bersama dari Negara Brunei Darussalam, turut merakamkan penghargaan kepada semua delegasi atas komitmen dan kerjasama yang diberikan serta menegaskan kepentingan meneruskan kerjasama dalam memperkukuh keupayaan operasi pengaman demi menyokong keamanan dan keselamatan di peringkat serantau dan antarabangsa.

Kejayaan penganjuran 22nd  ADMM-Plus EWG on PKO mencerminkan komitmen berterusan Negara Brunei Darussalam, Republik Rakyat China serta semua negara anggota ADMM-Plus dalam memperkukuh kerjasama pertahanan yang bermakna serta menyokong pelaksanaan operasi pengaman yang berkesan dan profesional.