BOLKIAH GARRISON, Friday, 18 September 2026 – The 32nd Cooperation Afloat Readiness and Training Exercise 2026 (CARAT 32/2026) between the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) and the United States Navy (USN) concluded with a closing ceremony held at the Wira Seni Concert Hall, RBAF Band Building, Bolkiah Garrison. The five-day exercise, conducted from 14 to 18 September 2026, marked another milestone in strengthening the longstanding defence cooperation between the two armed forces.
The ceremony featured closing addresses by Yang Mulia Colonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Joint Force Commander RBAF, and Commander Douglas A. Ivey, Chief Staff Officer, Destroyer Squadron Seven. Both highlighted the importance of CARAT as a longstanding platform for strengthening bilateral defence cooperation through joint exercises, professional exchanges and sustained engagement. The Joint Force Commander RBAF stated that CARAT had served as a key platform for military cooperation since 1995. He emphasised that its greatest achievement over 32 iterations was the trust and friendship forged between the two armed forces.
Throughout CARAT 32/2026, both forces participated in a series of professional exchanges, subject matter expert exchanges and practical training activities during the Shore Phase, covering areas including Anti-Submarine Warfare (ASW), Visit, Board, Search and Seizure (VBSS), Maritime Domain Awareness (MDA), Mine Countermeasures and Explosive Ordnance Disposal (MCM/EOD), Diving and Salvage, medical training, cyber, legal and public affairs. The successful conduct of this exercise once again demonstrated the shared commitment of the RBAF and USN in enhancing maritime security and strengthening regional stability.
MAJLIS PENUTUP EKSESAIS COOPERATION AFLOAT READINESS AND TRAINING 2026(CARAT 32/2026) 2026 KE-32
BOLKIAH GARISON, Jumaat, 18 September 2026 – Eksesais Cooperation Afloat Readiness and Training ke-32 tahun 2026 (CARAT 32/2026) di antara Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan Tentera Laut Amerika Syarikat (TLAS) telah berakhir dengan Majlis Penutup yang diadakan di Dewan Konsert Wira Seni, Bangunan Pancaragam ABDB, Bolkiah Garison. Eksesais selama lima hari yang diadakan dari 14 hingga 18 September 2026 ini menandakan satu lagi pencapaian penting dalam memperkukuhkan hubungan kerjasama pertahanan yang telah lama terjalin di antara kedua-dua angkatan tentera.
Majlis turut diserikan dengan ucapan penutup daripada Yang Mulia Kolonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Pemerintah Angkatan Bersama ABDB dan Komander Douglas A. Ivey, Chief Staff Officer, Destroyer Squadron Seven. Kedua-dua pihak menyentuh mengenai kepentingan CARAT sebagai platform yang telah sekian lama memperkukuhkan kerjasama pertahanan dua hala melalui eksesais bersama, perkongsian profesional dan penglibatan yang berterusan. Pemerintah Angkatan Bersama ABDB menyatakan bahawa CARAT telah menjadi platform utama kerjasama ketenteraan sejak tahun 1995. Pemerintah Angkatan Bersama ABDB juga menekankan bahawa pencapaian terbesar sepanjang 32 penganjurannya ialah kepercayaan dan persahabatan yang terjalin antara kedua-dua angkatan tentera.
Sepanjang CARAT 32/2026, kedua-dua angkatan telah menyertai satu siri pertukaran profesional, pertukaran kepakaran khusus serta aktiviti latihan praktikal semasa Shore Phase, yang merangkumi bidang-bidang termasuk Peperangan Anti-Kapal Selam (ASW), Lawatan, Pemeriksaan, Penggeledahan dan Penahanan (VBSS), Kesedaran Domain Maritim (MDA), Tindakan Pencegahan Bahan Letupan dan Pemusnahan Bahan Letupan (MCM/EOD), Penyelaman Pemulihan Aset Maritim, latihan perubatan, siber, perundangan serta hal ehwal awam. Kejayaan penganjuran latihan ini sekali lagi membuktikan komitmen bersama ABDB dan TLAS dalam mempertingkatkan keselamatan maritim serta memperkukuh kestabilan di rantau ini.








