BOLKIAH GARRISON, Wednesday, 1 July 2026 – Colonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Joint Force Commander, Royal Brunei Armed Forces (RBAF) received a courtesy call by Senior Colonel Huang Xiangliang, Senior Officer for Peacekeeping of People’s Liberation Army (PLA) People’s Republic of China, held at the Ministry of Defence. Also present during the call were Commandant of Training Institute RBAF, Staff Officer 1 Joint Training and Staff Officer 2 to Joint Force Commander, RBAF.
During the call, the Joint Force Commander warmly welcomed and expressed his appreciation for the presence of Senior Colonel Huang Xiangliang to the Ministry of Defence. Both sides expressed their gratitude for the close bilateral relations and cooperation established between the RBAF and the PLA, People’s Republic of China which have been strengthened through various engagements. These include co-chairing the ASEAN Defence Ministers’ Meeting-Plus Experts’ Working Group on Peacekeeping Operations (ADMM-Plus EWG on PKO) programme from 29 June 2026 until 3 July 2026. The meeting serves as an important platform for fostering practical cooperation, strengthening mutual trust, and enhancing interoperability among ADMM-Plus member states in the field of peacekeeping operations.
Brunei Darussalam and People’s Republic of China have established diplomatic relations since 30 September 1991.




PEMERINTAH ANGKATAN BERSAMA ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI MENERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARI SENIOR OFFICER TENTERA PEMBEBASAN RAKYAT, REPUBLIK RAKYAT CHINA
BOLKIAH GARISON, Rabu, 1 July 2026 – Kolonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Pemerintah Angkatan Bersama, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah menerima kunjungan hormat dari Senior Colonel Huang Xiangliang, Pegawai Kanan bagi Pengaman, Tentera Pembebasan Rakyat, Republik Rakyat China, yang berlangsung di Kementerian Pertahanan. Turut hadir semasa kunjungan tersebut ialah Komandan Institut Latihan ABDB, Pegawai Turus Latihan Bersama dan Timbalan Pegawai Turus kepada Pemerintah Angkatan Bersama, ABDB.
Semasa kunjungan, Pemerintah Angkatan Bersama ABDB sangat mengalu-alukan dan merakamkan penghargaan atas kehadiran Senior Colonel Huang Xiangliang ke Kementerian Pertahanan. Kedua-dua pihak merakamkan ucapan penghargaan terhadap hubungan dua hala yang erat serta kerjasama yang telah terjalin antara ABDB dan Tentera Pembebasan Rakyat, Republik Rakyat China yang telah diperkukuhkan melalui pelbagai interaksi. Ini termasuk program Mesyuarat ADMM-Plus EWG on PKO dipengerusikan bersama NBD dari 29 Jun 2026 hingga 3 Julai 2026. Mesyuarat ini berperanan sebagai platform penting untuk memupuk kerjasama praktikal, memperkukuh kepercayaan bersama, dan meningkatkan interoperabiliti antara negara-negara ADMM-Plus dalam bidang operasi pengaman.
Negara Brunei Darussalam dan Republik Rakyat China telah mula memperkukuhkan hubungan diplomatik sejak 30 September 1991.