BERAKAS GARRISON, Monday, 14 September 2026 – Colonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Joint Force Commander, Royal Brunei Armed Forces (RBAF) received a courtesy call from Lieutenant General Bobby Rinal Makmun, Assistant for Operations (ASOPS) to the Commander of the Indonesian National Armed Forces (TNI), held at the Officers’ Mess, Berakas Garrison. Also present during the call were the Chief of Staff Joint Force RBAF and Staff Officer Grade 1 Joint Training, Joint Force RBAF.

The Joint Force Commander RBAF extended his warm welcome to Lieutenant General Bobby Rinal Makmun and the delegation for the Brunei-Indonesia Joint Operations and Exercises Sub-Committee (BRUNESIA JOESC) meeting expressing his appreciation for the close collaboration and support by TNI to RBAF. Since the signing of the BRUNESIA High Level Committee (HLC) Joint Understanding (JU) in 2013, the RBAF and TNI have implemented various forms of bilateral defence cooperation, including BRUNESIA JOESC, one of the sub-committees under the BRUNESIA HLC.

Both sides expressed their appreciation for the continued cooperation and commitment in promoting defence cooperation since 1 September 1984. They also reaffirmed the recent bilateral and multilateral engagements such as the 16th BRUNESIA Army Working Group (AWG) earlier this month. A key highlight of the discussion was the mutual interest in exploring collaboration in joint training, as well as enhancing cooperation in capacity-building initiatives and emphasising the importance of continued cooperation between the two countries in addressing current security challenges.

On 27 September 1999, Brunei Darussalam and the Republic of Indonesia agreed to hold an Indonesia-Brunei Joint Commission by signing a Memorandum of Understanding (MoU) establishing a Joint Commission that includes defence cooperation between the two countries.

PEMERINTAH ANGKATAN BERSAMA ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA ASISTEN OPERASI PANGLIMA TENTARA NASIONAL INDONESIA

BERAKAS GARISON, Isnin, 14 September 2026 – Kolonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Pemerintah Angkatan Bersama, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah menerima kunjungan hormat daripada Letnan Jeneral Bobby Rinal Makmun, Asisten Operasi (ASOPS) Panglima Tentara Nasional Indonesia (TNI), yang berlangsung di Mes Pegawai, Berakas Garison. Turut hadir semasa kunjungan tersebut ialah Ketua Staf Angkatan Bersama ABDB dan Pegawai Turus Latihan Bersama, Angkatan Bersama ABDB.

Pemerintah Angkatan Bersama ABDB menyambut kedatangan Letnan Jeneral Bobby Rinal Makmun serta rombongan bagi menghadiri mesyuarat Brunei-Indonesia Joint Operations and Exercises Sub-Committee (BRUNESIA JOESC), sambil menzahirkan penghargaan atas hubungan kerjasama yang erat serta sokongan berterusan TNI terhadap ABDB. Sejak termeterainya, Joint Understanding (JU) Brunei-Indonesia High Level Committee (BRUNESIA HLC) pada tahun 2013, ABDB dan TNI telah melaksanakan pelbagai bentuk kerjasama pertahanan dua hala. Antaranya termasuk BRUNESIA JOESC ini yang mana juga merupakan salah satu sub-komiti di bawah BRUNESIA HLC. Kerjasama ini mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua negara dalam memperkukuh hubungan pertahanan serta meningkatkan keupayaan antara kedua-dua angkatan tentera.

Kedua belah pihak turut menzahirkan penghargaan terhadap kerjasama yang berterusan dan komitmen dalam mempertingkatkan kerjasama pertahanan sejak terjalinnya hubungan diplomatik antara Brunei Darussalam dan Republik Indonesia pada 1 September 1984. Perbincangan turut menyentuh penglibatan dua hala dan pelbagai hala yang dilaksanakan baru-baru ini, termasuk Mesyuarat BRUNESIA Army Working Group (AWG) ke-16 yang telah diadakan pada awal bulan ini. Antara perkara utama yang juga dibincangkan ialah kepentingan untuk meneroka peluang kerjasama dalam bidang latihan bersama, di samping memperkukuh inisiatif pembangunan keupayaan. Kedua-dua pihak turut menekankan kepentingan meneruskan kerjasama erat bagi menangani cabaran keselamatan semasa secara berkesan.

Hubungan pertahanan antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Indonesia telah berkembang dalam hubungan institusi yang lebih luas. Pada 27 September 1999, kedua-dua buah negara telah bersetuju untuk menubuhkan Suruhanjaya Bersama Indonesia-Brunei melalui pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU). Penubuhan Suruhanjaya tersebut turut merangkumi bidang kerjasama pertahanan antara kedua-dua negara, sekali gus memperkukuh kerangka hubungan dua hala yang telah terjalin sejak sekian lama.