GADONG, Saturday, 27 June 2026 – A total of 20 Royal Brunei Armed Forces participated in the Indo‑Pacific Senior Enlisted Leaders Subject Matter Expert Exchange 2026 (IPSEL SMEE 2026) held from 22 to 27 June 2026 at the Rizqun International Hotel, Gadong. The event was co‑hosted by the RBAF and the Daniel K. Inouye Asia‑Pacific Center for Security Studies (DKI‑APCSS). Representing the Joint Force RBAF were three Senior Non‑Commissioned Officers namely Warrant Officer 1 Dino Erwandy bin Abd Rahim, Joint Force Sergeant Major, Warrant Officer 1 (U) Zuraidy bin Hj Muhammad from Joint Intelligence and Warrant Officer 2 Md Esham Szali bin Haji Osman from the Cyber Defence Unit.
The program drew participants from 20 Indo‑Pacific countries, comprising of Australia, Brunei Darussalam, Canada, Colombia, Fiji, France, Japan, Malaysia, Mongolia, New Zealand, Kingdom of Thailand, Papua New Guinea, Republic of the Philippines, Republic of Indonesia, Republic Singapore, Sri Lanka, Timor Leste, Tonga, United Kingdom, and United States. The exchange has provided a platform for discussion on regional security challenges as well as to strengthen professional ties among armed forces in the region.
Sessions included presentations, panel discussions and sharing of experiences focused on leadership development, strategic communication, team-building, change management and multilateral cooperation. The activities were designed to broaden participants’ understanding of the evolving regional and global security environment, enhance their operational responsiveness, and build professional networks for knowledge sharing and closer cooperation in support of regional peace and stability.
The IPSEL SMEE 2026 underscores the RBAF’s commitment to professional development and competencies for Senior Non‑Commissioned Officers. The knowledge and skills gained by attendees are expected to be applied in their daily duties, contributing to the RBAF’s human capital development and operational readiness in support of the nation’s defence objectives and regional defence cooperation.







PEGAWAI-PEGAWAI WARAN ANGKATAN BERSAMA ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI MENYERTAI PROGRAM INDO-PACIFIC SENIOR ENLISTED LEADERS SUBJECT MATTER EXPERT EXCHANGE 2026
GADONG, Sabtu, 27 Jun 2026 – Seramai 20 anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah menyertai Indo‑Pacific Senior Enlisted Leaders Subject Matter Expert Exchange 2026 (IPSEL SMEE 2026) yang berlangsung dari 22 hingga 27 Jun 2026 di Hotel Rizqun International, Gadong. Acara ini dianjurkan bersama oleh ABDB dan Daniel K. Inouye Asia‑Pacific Center for Security Studies (DKI‑APCSS). Mewakili Angkatan Bersama ABDB ialah tiga PTB Kanan iaitu Pegawai Waran 1 Dino Erwandy bin Abd Rahim, Sarjan Mejar Angkatan Bersama, Pegawai Waran 1 (U) Zuraidy bin Haji Muhammad dari Perisikan Bersama dan Pegawai Waran 2 Md Esham Szali bin Haji Osman dari Unit Pertahanan Siber.
Program ini disertai daripada 20 negara Indo‑Pasifik, terdiri daripada Australia, Amerika Syarikat, Colombia, Fiji, France, Jepun, Kanada, Kerajaan Thailand, Malaysia, Mongolia, Negara Brunei Darussalam, New Zealand, Papua New Guinea, Republik Indonesia, Republik Filipina, Republik Singapore, Sri Lanka, Timor Leste, Tonga dan United Kingdom. Pertukaran ini telah menyediakan platform untuk perbincangan mengenai cabaran sekuriti serantau serta mengukuhkan hubungan profesional dalam kalangan angkatan tentera di rantau ini.
Sepanjang pertukaran ini, peserta menghadiri siri pembentangan, perbincangan berkumpulan dan sesi perkongsian pengalaman yang memfokuskan kepada pembangunan kepimpinan, komunikasi strategik, pembentukan pasukan, pengurusan perubahan dan kerjasama pelbagai hala. Aktiviti ini bertujuan untuk meluaskan lagi perspektif peserta mengenai persekitaran keselamatan serantau dan global yang berkembang, meningkatkan keupayaan tindak balas operasi, serta membina rangkaian profesional untuk perkongsian ilmu, persefahaman bersama dan kerjasama rapat bagi menyokong keamanan dan kestabilan serantau.
IPSEL SMEE 2026 mencerminkan komitmen ABDB terhadap pembangunan profesional dan peningkatan kebolehan kepimpinan dalam kalangan Pegawai-Pegawai Tidak Bertauliah Kanan. Pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh daripada program tersebut diharap akan dapat diterapkan dalam tugas harian yang juga boleh menyumbang kepada pembangunan modal insan dan kesiapsiagaan untuk operasi ABDB sejajar dengan hasrat negara untuk memperkukuh keupayaan pertahanan serta mempertingkatkan kerjasama pertahanan serantau dan antarabangsa.