BOLKIAH GARRISON, Monday, 14 September 2026 – The Opening Ceremony of the 32nd iteration of the Cooperation Afloat Readiness and Training Exercise 2026 (CARAT 32/2026), involving the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) and the United States Navy (USN), with participation from the United States Coast Guard (USCG), took place at the Wira Seni Concert Hall, RBAF Band Building, Bolkiah Garrison. The six days bilateral exercise is scheduled to run from 14 to 19 September 2026.

The ceremony commenced with opening remarks delivered by Yang Mulia Colonel Muhammad Suwardi Ariffin bin Pehin Datu Laksamana Dato Paduka Haji Abdul Latiff, Chief of Staff of the Joint Force RBAF, followed by an address from Captain Michael T. Ross, Commander, USCG Expeditionary Cutter Squadron. During their speeches, both sides highlighted the strong and enduring partnership, mutual confidence and longstanding defence ties between Brunei Darussalam and the United States. They also reaffirmed their commitment to further enhancing interoperability, expanding professional military collaboration and strengthening maritime security cooperation through sustained engagement and joint training initiatives.

CARAT continues to serve as one of the most enduring bilateral military engagements between Brunei Darussalam and the United States since 1995. A key highlight of the exercise is the sea phase involving KDB DARULEHSAN and the participation by US Coast Guard Sentinel-class fast response cutter USCGC EMLEN TUNNELL (WPC 1145) and Independence-variant littoral combat ship USS CANBERRA (LCS 30). Planned serials include pilotage exercises, communications exercises, maritime interdiction operations and photo exercises, providing valuable opportunities for participating personnel to strengthen coordination, enhance interoperability and validate operational procedures in a realistic maritime environment.

As a key annual bilateral training engagement, CARAT serves as an important platform for the RBAF and the United States to enhance operational readiness, professionalism and interoperability among participating forces and agencies. More importantly, it continues to strengthen the friendship between Brunei Darussalam and the United States, contributing to a shared commitment towards maritime security, regional stability and a safe and secure maritime environment.

MAJLIS PEMBUKAAN EKSESAIS COOPERATION AFLOAT READINESS AND TRAINING (CARAT) KE-32

BOLKIAH GARISON, Isnin, 14 September 2026 – Majlis Pembukaan Eksesais Dua Hala Cooperation Afloat Readiness and Training 2026 (CARAT 32/2026), di antara Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan Tentera Laut Amerika Syarikat (TLAS), telah diadakan di Dewan Konsert Wira Seni, Bangunan Pancaragam ABDB, Bolkiah Garison. Eksesais CARAT 32/2026 ini diadakan selama enam hari bermula dari 14 hingga 19 September 2026.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Yang Mulia Kolonel Muhammad Suwardi Ariffin bin Pehin Datu Laksamana Dato Paduka Haji Abdul Latiff, Ketua Staf Angkatan Bersama, ABDB diikuti dengan ucapan oleh Yang Mulia Kepten Michael T. Ross, Commander, U.S. Coast Guard Expeditionary Cutter Squadron. Kedua-dua pihak menzahirkan penghargaan dan menekankan hubungan kerjasama yang kukuh dan erat, kepercayaan bersama serta hubungan pertahanan yang telah sedia lama terjalin antara kedua-dua angkatan tentera. Kedua-dua pihak juga menegaskan semula komitmen untuk terus memperkukuhkan interoperabiliti, memperluaskan kerjasama profesional ketenteraan dan meningkatkan kerjasama keselamatan maritim melalui penglibatan serta eksesais bersama yang berterusan.

Eksesais CARAT akan terus menjadi salah satu latihan ketenteraan dua hala yang paling lama terjalin antara Negara Brunei Darussalam dan Amerika Syarikat sejak tahun 1995. Antara pengisian utama eksesais ini ialah fasa laut yang melibatkan KDB DARULEHSAN, dan kapal-kapal Sentinel-Class Fast Response Cutter Pengawal Pantai Amerika Syarikat termasuk USCGC EMLEN TUNNELL (WPC 1145) dan Independence-variant littoral combat ship USS CANBERRA (LCS 30). Aktiviti yang dirancang termasuk latihan pandu arah, latihan komunikasi, latihan operasi pencegahan maritim (maritime interdiction operations) dan latihan fotografi (photo exercise), yang memberikan peluang berharga kepada para peserta untuk memperkukuhkan koordinasi, meningkatkan interoperabiliti dan mengesahkan prosedur operasi dalam persekitaran maritim yang realistik.

CARAT terus berperanan sebagai platform bagi ABDB dan TLAS untuk meningkatkan kesiapsiagaan operasi, profesionalisme dan interoperabiliti dalam kalangan pasukan serta agensi yang terlibat. Lebih penting lagi, eksesais ini terus mengukuhkan hubungan kerjasama yang berterusan antara Negara Brunei Darussalam dan Amerika Syarikat, di samping menyumbang ke arah komitmen bersama dalam mempertingkatkan keselamatan maritim, kestabilan serantau serta mewujudkan persekitaran maritim yang selamat dan terjamin.