SUBANG AIRBASE, MALAYSIA, Thursday, 6 November 2025 – The first returning flight of the Malaysian Battalion Contingent (MALBATT) 850-12 for the peacekeeping mission of the United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL) consisting of 206 members of the Malaysian Armed Forces (MAF) and 4 members of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) has safely arrived at Subang Airbase, Malaysia this afternoon. The RBAF contingent was led by Captain Muhammad Daniel Azfar bin Abdullah .

Present to welcome by Yang Berbahagia Lieutenant General Dato’ Zahani bin Zainal Abidin, RMAF, Joint Force Commander MAF (JFC MAF). Esteemed attendees Lieutenant Colonel Rudie Asmawi bin Haji Abidin, Brunei Darusslam’s Defence Adviser to Malaysia, Senior Officers from the MAF and family members of the MALBATT 850-12 contingent.

The parade ceremony as soon as they landed and started with a General Salute from the contingent, followed by the MAF song and speech from JFC MAF. The chanting of ‘Gempur Wira’ ended the parade and concluded with the recitation of the Doa.

The subsequent flight of MALBATT 850-12 consists of 204 personnel from the ATM and 8 RBAF personnel will be scheduled to depart from Lebanon to Malaysia on Monday, 10 November 2025. The rotation of personnel between MALBATT 850-12 and MALBATT 850-13 will continue until 18 November 2025.

PANGKALAN UDARA SUBANG, MALAYSIA, Khamis, 6 November 2025 – Penerbangan pertama bagi kepulangan Kontinjen Malaysian Battalion (MALBATT) 850-12 bagi misi pengaman Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) yang terdiri daripada 206 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan 4 anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB). Rombongan ABDB yang diketuai oleh Kapten Muhammad Daniel Azfar bin Abdullah telahpun selamat tiba di Pangkalan Udara Subang, Malaysia petang ini.

Hadir bagi mengalu-alukan kepulangan mereka ialah Yang Berbahagia Leftenan Jeneral Dato’ Zahani bin Zainal Abidin, TUDM, Panglima Angkatan Bersama ATM (PAB ATM). Turut hadir adalah Yang Mulia Leftenan Kolonel Rudie Asmawi bin Haji Abidin, Penasihat Pertahanan Negara Brunei Darussalam ke Malaysia, Pegawai-Pegawai Kanan ATM serta ahli-ahli keluarga kontinjen MALBATT 850-12.

Upacara perbarisan berlangsung sejurus menuruni pesawat yang dimulai dengan tabik hormat dari kontinjen dan diikuti dengan lagu ATM serta ucapan dari PAB ATM. Seruan ‘Gempur Wira’ mengakhiri perbarisan dan disusuli dengan bacaan Doa.

Kepulangan penerbangan ke 2 bagi MALBATT 850-12 yang seterusnya terdiri daripada 204 anggota ATM dan 8 anggota ABDB akan dijadualkan berlepas dari Lubnan ke Malaysia pada hari Isnin, 10 November 2025. Pertukaran anggota antara MALBATT 850-12 dengan MALBATT 850-13 akan dilaksanakan sehingga 18 November 2025.