JAKARTA, Wednesday, 23 April 2025 – Two officers from the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) participated in the ASEAN Regional Forum (ARF) Workshop on Risk Reduction, Preparedness, and Disaster Response, held from 22 to 23 April 2025 at the ASEAN Headquarters in Jakarta, Indonesia. Representing Negara Brunei Darussalam was Lt Col Pg Hasroul Bahrie bin Pg Mohd Yusof, Assistant Chief of Staff Planning, Royal Brunei Land Forces as the Head of Delegation and Major Hafidz Naquiyudden bin Lamat from the Joint Force Headquarters.

The workshop, which gathered representatives from 15 member states, aimed to strengthen regional cooperation in the areas of risk reduction, disaster preparedness, and emergency response.

Valuable insights and experiences were shared through presentations by participating delegates, focusing on disaster management, humanitarian response strategies, and operational preparedness within both military and civilian framework.

The RBAF’s involvement underscores its ongoing commitment to fostering regional collaboration and maintaining readiness in addressing non-traditional security challenges, particularly those related to natural disasters and humanitarian emergencies.

MARKAS ANGKATAN BERSAMA TELAH MENGHADIRI THE ASEAN REGIONAL FORUM (ARF) WORKSHOP ON RISK REDUCTION, PREPAREDNESS, AND DISASTER RESPONSE DI JAKARTA, INDONESIA

JAKARTA, Rabu, 23 April 2025 – Dua pegawai daripada Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah menyertai the ASEAN Regional Forum (ARF) Workshop on Risk Reduction, Preparedness, and Disaster Response yang telah diadakan pada 22 hingga 23 April 2025 bertempat di Ibu Pejabat ASEAN, Jakarta, Indonesia. Rombongan telah diketuai oleh Lt Kol Pg Hasroul Bahrie bin Pg Mohd Yusof, Penolong Ketua Staf Perancang, Tentera Darat Diraja Brunei. Turut serta ke bengkel tersebut adalah Mejar Hafidz Naquiyudden bin Lamat daripada Markas Angkatan Bersama.

Bengkel ini menghimpunkan wakil daripada 15 buah negara anggota dengan tujuan untuk memperkukuhkan kerjasama serantau dalam bidang pengurangan risiko, kesiapsiagaan menghadapi bencana, dan tindak balas kecemasan.

Pembentangan dari para delegasi telah mengongsikan banyak maklumat serta pengalaman yang bernilai, yang memberi tumpuan kepada pengurusan bencana, strategi tindak balas kemanusiaan, serta kesiapsiagaan operasi dalam kedua-dua kerangka ketenteraan dan awam.

Penyertaan ABDB ini memperlihatkan komitmen berterusan dalam memperkukuh kerjasama serantau serta memastikan kesiapsiagaan dalam menangani cabaran keselamatan bukan tradisional, khususnya yang berkaitan dengan bencana alam dan kecemasan kemanusiaan.