SUBANG AIRBASE, MALAYSIA, Sunday, 10 November 2024 – The second flight of the MALBATT 850-12 contingent, comprising 219 members of the Malaysian Armed Forces (MAF) and four members from the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), successfully departed today using the Batik Air Airbus A330-300.
The ceremonial send-off witnessed the presence of Yang Berbahagia Major General Dato Tong Veng Leong RMAF, Assistant Chief of Staff, J3 of the Joint Forces Headquarters MAF. Also in attendance were Lieutenant Colonel Rudie Asmawi bin Haji Abidin, Brunei Darussalam's Defence Adviser to Malaysia, senior officers of the MAF and family members of the departing contingent.
The ceremony commenced with a General Salute from the contingent, followed by the MAF song and a speech the Guest of Honour. The chanting of 'Gempur Wira' concluded the parade and followed by the recitation of the Doa.
Another two subsequent flights of MALBATT 850-12 are schedule to depart from Malaysia to Lebanon on the 14 and 18 of November 2024.
PENERBANGAN KEDUA KONTINJEN MALBATT 850-12 BERLEPAS BAGI MISI PENGAMAN PASUKAN INTERIM PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU DI LUBNAN (UNIFIL)
PANGKALAN UDARA SUBANG, MALAYSIA, Ahad, 10 November 2024 – Penerbangan kedua Kontinjen MALBATT 850-12 untuk misi pengaman Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) yang terdiri daripada 219 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan empat anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah selamat berlepas hari ini menggunakan pesawat Batik Air Airbus A330-300.
Hadir di majlis pemergian tersebut ialah Yang Berbahagia Mejar Jeneral Dato' Tong Veng Leong TUDM, Penolong Ketua Staf J3 Markas Angkatan Bersama ATM. Turut hadir adalah Yang Mulia Leftenan Kolonel Rudie Asmawi bin Haji Abidin, Penasihat Pertahanan Brunei Darussalam ke Malaysia, Pegawai-pegawai Kanan ATM dan ahli keluarga kontinjen yang akan berlepas.
Upacara dimulai dengan Tabik Hormat dari kontinjen, diikuti dengan lagu ATM serta ucapan dari Tetamu Kehormat. Upacara perbarisan diakhiri dengan laungan 'Gempur Wira' dan disusuli dengan bacaan Doa.
Sebanyak dua lagi penerbangan bagi Kontinjen MALBATT 850-12 dijadualkan berlepas dari Malaysia ke Lubnan pada 14 dan 18 November 2024.