BERAKAS GARISSON, Monday, 14 September 2026 — The 11th Brunei-Indonesia Joint Operations and Exercises Sub (11th BRUNESIA JOESC) Meeting was successfully conducted at the Officers’ Mess Berakas Garison, Brunei Darussalam from 13 – 15 September 2026.

The meeting brought together senior representatives from the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) and the Indonesian National Armed Forces (TNI) to review ongoing cooperation, exchange perspectives and further strengthen bilateral collaboration in the areas of joint operations, exercises, training and professional military interaction.

As a strategic sub-committee under the BRUNESIA High-Level Committee (HLC), JOESC provides an important platform for both Armed Forces to enhance cooperation and strengthen the frequency and quality of interaction across the land, maritime and air domain. The objectives of BRUNEISIA JOESC included reviewing previous activities and coordinating future programmes for 2026–2027.

The successful conduct of 11th BRUNESIA JOESC reflects the continued commitment of both countries in maintaining close defence ties and developing practical cooperation through a wide range of bilateral activities.

Beyond operational and professional cooperation, 11th BRUNESIA JOESC once again highlighted the importance of the longstanding bonds of friendship, mutual respect and trust between the two nations. The continued interaction between the RBAF and TNI contributes not only to stronger military-to-military relations, but also to the broader close and cordial relationship shared by Brunei Darussalam and The Republic of Indonesia.

MESYUARAT BRUNEI-INDONESIA JOINT OPERATIONS AND EXERCISES SUB-COMMITTEE (BRUNESIA JOESC) KE-11

BERAKAS GARISON, Isnin, 14 September 2026 — Mesyuarat Brunei-Indonesia Joint Operations and Exercises Sub-Committee (BRUNESIA JOESC) Ke-11 telah sempurna dilaksanakan di Mes Pegawai Berakas Garison, Negara Brunei Darussalam dari 13 hingga 15 September 2026.

Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh wakil-wakil kumpulan kerja dari Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan Tentara Nasional Indonesia (TNI) bagi meneliti perkembangan kerjasama yang sedang dilaksanakan, bertukar pandangan serta memperkukuh kerjasama dua hala dalam bidang operasi bersama, latihan, eksesais dan interaksi profesional ketenteraan.

Sebagai salah satu sub-komiti strategik di bawah BRUNESIA High-Level Committee (HLC), JOESC menjadi landasan penting bagi kedua-dua Angkatan Bersenjata untuk meningkatkan kerjasama serta memperkukuh kekerapan dan kualiti interaksi dalam bidang darat, maritim dan udara. Antara tujuan BRUNESIA JOESC ini adalah untuk meneliti pelaksanaan aktiviti terdahulu serta merancang dan menyelaras program kerjasama bagi tahun 2026 hingga 2027.

Kejayaan perlaksanaan BRUNESIA JOESC Ke-11 mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua negara dalam mengekalkan hubungan pertahanan yang rapat serta memperluaskan kerjasama melalui pelbagai aktiviti dua hala dan pelbagai hala.

Selain kerjasama dalam bidang operasi dan profesional ketenteraan, BRUNESIA JOESC Ke-11 turut menyerlahkan kepentingan hubungan persahabatan, saling menghormati dan kepercayaan yang telah sekian lama terjalin antara kedua-dua negara. Interaksi berterusan antara ABDB dan TNI bukan sahaja menyumbang kepada pengukuhan hubungan ketenteraan, malah turut menyokong hubungan keseluruhan yang rapat dan mesra antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Indonesia.