BOLKIAH GARRISON, Wednesday, 12 October 2022 - A flag handover ceremony for Royal Brunei Armed Forces (RBAF) personnel who will join the Malaysian Battalion 850-10 (MALBATT 850-10) peacekeeping mission to the United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL) was held in Bolkiah Garrison this afternoon.

Present as the guest of honour was Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the RBAF. Also present at the ceremony were His Excellency Dato’ Raja Reza bin Raja Zaib Shah, High Commissioner of Malaysia to Brunei Darussalam, Permanent Secretary of the Ministry of Defence, Service Commanders, Directors, Commandants, Malaysian Defence Attache as well as military and civilian senior officers. 

The ceremony began with the recital of Surah Al-Fatihah and Doa Selamat followed by handing over national flag by the Commander of RBAF to Major Hisham bin Haji Mahmud, Head of Brunei Darussalam’s Contingent for MALBATT 850-10. 

Brunei Darussalam deployed its first peacekeeping mission in 2008, aiming to provide substantial operational experiences for RBAF personnel and continuous commitment towards the region’s peace and security in line with the United Nations’ mandate (UN Resolution 1701; 2006).






UPACARA PENYERAHAN BENDERA KEBANGSAAN BAGI ANGGOTA ABDB MENYERTAI MISI PENGAMAN UNIFIL DI LUBNAN

BOLKIAH GARISON, Rabu, 12 Oktober 2022 – Upacara Penyerahan Bendera Negara Brunei Darussalam kepada anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang akan menyertai Batalion Malaysia 850-10 (MALBATT 850-10) dalam penugasan misi pengaman United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL) telah berlangsung petang tadi di Bolkiah Garison.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah ABDB. Turut hadir di majlis tersebut ialah Tuan Yang Terutama Dato’ Raja Reza bin Raja Zaib Shah, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam, Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Pemerintah-pemerintah Angkatan Tentera, Pengarah-pengarah, Komandan-komandan, Penasihat Pertahanan Malaysia, pegawai-pegawai kanan tentera dan awam.

Acara dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah dan Doa Selamat dan diikuti dengan penyerahan bendera yang disampaikan oleh Pemerintah ABDB kepada Mejar Hisham bin Haji Mahmud, Ketua Kontinjen Negara Brunei Darussalam bagi MALBATT 850-10. 

ABDB telah berkhidmat dalam misi pengaman UNIFIL sejak tahun 2008 bagi menyediakan pengalaman-pengalaman penting dalam operasi kepada anggota-anggota ABDB dan juga memberi komitmen terus dalam menjaga keamanan dan kestabilan rantau selaras dengan mandat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (UN Resolution 1701; 2006).