BANDAR SERI BEGAWAN, Tuesday, 13 October 2026 – Three officers from Joint Force Royal Brunei Armed Forces (JF RBAF), participated in the After Action Review (AAR) of the National Disaster Exercise 2026 (NDE-26), held at the Ministry of Home Affairs to comprehensively assess the conduct of NDE-26 Series 01 and Series 02. Representing Joint Force RBAF were Commander Saiful Hazril bin Haji Ali, RBN, Lieutenant Colonel (Air), Haji Mohd Rahimin bin Haji Ismail, and Major (Air) Mohd Harith bin Haji Edin.

The review aimed to assess the effectiveness of current procedures and response mechanisms, strengthen understanding of inter-agency roles and responsibilities, and identify strengths, challenges and opportunities for strategic improvements in national disaster management.

Through group discussions, Joint Force RBAF and the participating agencies shared findings and experiences to formulate follow-up actions. The discussions focused in strengthening inter-agency coordination, preparedness and disaster response capabilities at the national level.

Present to observe the presentation of the AAR findings was Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman, Coordinating Minister for Social Policies and Human Capital and Minister of Home Affairs. The key findings will serve as a basis for the continuous improvement of Brunei Darussalam’s disaster management systems and mechanisms.

The participation of Joint Force RBAF reflects its continued commitment in strengthening inter-agency cooperation and enhancing operational coordination in responding to emergencies and disasters. This engagement also supports a whole-of-government approach in ensuring a coordinated, effective and integrated disaster response for the safety and well-being of the nation and its people.

ANGKATAN BERSAMA ABDB MENYERTAI SESI AFTER ACTION REVIEW LATIHAN BENCANA KEBANGSAAN 2026

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 13 Oktober 2026 – Tiga pegawai dari Angkatan Bersama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (AB ABDB) telah menyertai sesi After Action Review (AAR) Latihan Bencana Kebangsaan 2026 (LBK-26) yang diadakan di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri bagi menilai secara menyeluruh pelaksanaan LBK-26 Siri 01 dan Siri 02. Mewakili Angkatan Bersama, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) ialah Komander Saiful Hazril bin Haji Ali, TLDB, Leftenan Kolonel (U) Haji Mohd Rahimin bin Haji Ismail, dan Mejar (U) Mohd Harith bin Haji Edin.

Sesi penilaian ini bertujuan mengukur keberkesanan prosedur serta mekanisme tindak balas semasa, memantapkan kefahaman mengenai peranan dan tanggungjawab antara agensi, serta mengenal pasti kekuatan, cabaran dan ruang penambahbaikan strategik dalam pengurusan bencana negara.

Menerusi perbincangan berkumpulan, Angkatan Bersama ABDB bersama agensi-agensi yang terlibat berpeluang untuk berkongsi dapatan dan pengalaman bagi merangka tindakan susulan. Perbincangan tersebut memberikan tumpuan kepada usaha memperkukuh penyelarasan rentas agensi, kesiapsiagaan serta keupayaan tindak balas bencana di peringkat kebangsaan.

Hadir menyaksikan pembentangan rumusan AAR ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman, Menteri Penyelaras bagi Dasar-Dasar Sosial dan Tenaga Manusia dan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri. Dapatan utama sesi ini akan dijadikan landasan bagi memantapkan sistem dan mekanisme pengurusan bencana Negara Brunei Darussalam secara berterusan.

Penyertaan Angkatan Bersama ABDB mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkukuh kerjasama antara agensi serta meningkatkan penyelarasan operasi bagi menghadapi situasi kecemasan dan bencana. Penglibatan ini turut mendukung pendekatan keseluruhan kerajaan (whole-of-government) bagi memastikan tindak balas bencana yang terselaras, berkesan dan bersepadu demi keselamatan serta kesejahteraan negara dan rakyat.