Berakas Garison, Selasa, 17 November 2026 – Angkatan Bersama, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (AB ABDB) telah mengadakan Majlis Penyampaian Lencana Kenaikan Pangkat bertempat di Mes Pegawai Waran dan PTB Kanan, Berakas Garison bagi lapan (08) PTB Kanan yang mana satu (01) dinaikkan ke pangkat Pegawai Waran Satu, empat (04) PTB Kanan dinaikkan ke pangkat Pegawai Waran Dua Tetap, dua (02) PTB Kanan dinaikkan ke pangkat Pemangku Pegawai Waran Dua dan satu (01) PTB Kanan dinaikkan ke pangkat Staf Sarjan Tetap. Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Yang Mulia Kolonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Pemerintah Angkatan Bersama ABDB.
Turut hadir ialah Yang Mulia Timbalan Pemerintah AB ABDB, Pegawai-pegawai Kanan, PTB-PTB Kanan serta ahli keluarga anggota-anggota yang diraikan.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan penyampaian lencana pangkat yang disempurnakan oleh Yang Mulia Pemerintah AB ABDB. Majlis diakhiri dengan bacaan doa, diikuti dengan sesi bergambar ramai dan menandatangani lembaran kenangan.
AB ABDB ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada anggota-anggota yang telah dinaikkan pangkat. Kenaikkan ini adalah pengiktirafan ke atas usaha keras dan dedikasi anggota-anggota dalam menggalas tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan.
RANK INSIGNIA PRESENTATION CEREMONY FOR SENIOR NON-COMMISSIONED OFFICERS (SNCOs) OF THE JOINT FORCE, ROYAL BRUNEI ARMED FORCES
BERAKAS GARRISON, Tuesday, 17 November 2026 – The Joint Force, Royal Brunei Armed Forces (RBAF), held a Presentation of Insignia Ceremony for eight Senior Non-Commissioned Officers (SNCOs) at the Warrant Officers’ and Senior Non-Commissioned Officers’ Mess, Berakas Garrison. The promoted SNCOs comprised of one (01) promoted to Warrant Officer One, four promoted to substantive Warrant Officer Two, two (02) promoted to Acting Warrant Officer Two, and one (01) promoted to substantive Staff Sergeant. Present as the guest of honour was Yang Mulia Colonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Commander of the Joint Force, RBAF.
Also present at the ceremony were Deputy Commander of the Joint Force RBAF, Senior Officers, senior SNCOs and family members of the promoted personnel.
The ceremony commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah, followed by the presentation of insignia by the Commander of the Joint Force, RBAF. The ceremony concluded with the recitation of Doa, followed by a group photo session and the signing of the commemorative parchment.
The Joint Force RBAF wishes to extend its warmest congratulations to all personnel promoted during the ceremony. The promotion represents recognition of their hard work, dedication and commitment in carrying out the duties and responsibilities entrusted to them.











