BOLKIAH GARRISON, Sunday, 8 November 2026 – The Royal Brunei Armed Forces (RBAF) organised the RBAF 21.1 km Half Marathon and 10 km Race 2026 at the Mini Stadium, Bolkiah Garrison, in conjunction with RBAF 65th Anniversary.
The event featured teams from the Royal Brunei Land Forces (RBLF), Royal Brunei Navy (RBN), Royal Brunei Air Force (RBAirF), and a Combined Team consisting of personnel from the Ministry of Defence, Special Forces Regiment (SFR), Defence Academy RBAF (DA RBAF) and Training Institute RBAF (TI RBAF). A Special Segment was also organised for invited participants from the Royal Brunei Police Force (RBPF), Gurkha Security Unit (GSU), Royal Gurkha Rifles (RGR), Brunei Fire and Rescue Department (BFRD) and Brunei Prisons Department.
The event attracted a total of 245 participants, comprising 170 RBAF personnel and 75 participants from external agencies and units. The 21.1 km half marathon was flagged off by Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the RBAF.
The Combined Team delivered an outstanding performance and demonstrated exceptional determination, endurance and teamwork throughout the competition. The team achieved notable success across several categories, securing first place in the Men’s 21.1 km Team Event and third place in the Women’s 10 km Team Event. The Combined Team also recorded remarkable achievements in the individual categories.
These achievements reflect the Combined Team’s commitment to physical fitness, discipline and sporting excellence. The outstanding results across the individual and team events also highlight the importance of cooperation and collective effort among personnel from different formations and units within the Ministry of Defence and RBAF.
The Combined Team’s achievements serve as a testament to the dedication, perseverance and competitive spirit of its personnel, contributing meaningfully to the celebration of the RBAF’s 65th Anniversary.
PASUKAN GABUNGAN MENCATAT KEJAYAAN CEMERLANG DALAM KEJOHANAN LARIAN SEPARUH MARATON 21.1 KM DAN LARIAN 10 KM ABDB 2026
BOLKIAH GARISON, Ahad, 8 November 2026 – Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah menganjurkan Kejohanan Half Marathon 21.1 km dan Larian 10 km Peringkat ABDB Tahun 2026 di Stadium Mini, Bolkiah Garison, sempena Sambutan Hari Ulang Tahun ABDB Ke-65.
Kejohanan ini disertai oleh pasukan daripada Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) dan Pasukan Gabungan yang terdiri daripada anggota Kementerian Pertahanan, Rejimen Pasukan Khas (RPK), Akademi Pertahanan ABDB (AP ABDB) dan Institut Latihan ABDB (IL ABDB). Segmen Khas turut diadakan dengan penyertaan pasukan dan agensi luar, iaitu Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), Pasukan Sekuriti Gurkha (PSG), Royal Gurkha Rifles (RGR), Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) serta Jabatan Penjara.
Kejohanan ini telah disertai oleh seramai 245 peserta, terdiri daripada 170 anggota ABDB dan 75 peserta daripada pasukan dan agensi luar. Pelepasan peserta bagi acara Half Marathon 21.1 km telah disempurnakan oleh Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah ABDB.
Pasukan Gabungan telah mempamerkan prestasi cemerlang dan telah menunjukkan semangat juang, daya ketahanan fizikal serta kerjasama berpasukan yang tinggi sepanjang kejohanan tersebut. Pasukan ini telah mencapai kejayaan membanggakan dalam beberapa kategori pertandingan dengan meraih tempat pertama bagi Acara Berpasukan Lelaki 21.1 km dan tempat ketiga bagi Acara Berpasukan Wanita 10 KM. Selain kejayaan dalam acara berpasukan, Pasukan Gabungan turut mencatatkan pencapaian cemerlang dalam kategori individu.
Pencapaian ini mencerminkan komitmen Pasukan Gabungan terhadap kecergasan fizikal, disiplin dan kecemerlangan bersukan. Kejayaan yang diraih dalam acara individu dan berpasukan turut memperlihatkan kepentingan kerjasama serta usaha kolektif dalam kalangan anggota daripada pelbagai formasi dan unit di bawah Kementerian Pertahanan dan ABDB.
Kejayaan Pasukan Gabungan ini merupakan bukti dedikasi, ketekunan dan semangat kesukanan tinggi yang ditunjukkan oleh setiap anggotanya, sekali gus menyumbang kepada kemeriahan Sambutan Ulang Tahun ABDB Ke-65.









