BOLKIAH GARRISON, Wednesday, 11 November 2026 – Colonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Joint Force Commander, Royal Brunei Armed Forces (JF RBAF), received an introductory call from Lieutenant Commander Sarah E. C. Jones, incoming Chief of the United States Military Group to Brunei Darussalam, and a farewell call from Commander Bert Bratton, outgoing Chief of the United States Military Group. The calls were held at the Joint Force Headquarters, Bolkiah Garrison. Also present were Commander of Special Operations Command, Acting Staff Officer Grade 1 Joint Training, and Staff Officer Grade 2 Joint Intelligence (Analysis).
During the call, both sides exchanged views on matters of mutual interest, including maritime security, land operations, air-domain awareness, cyber defence, and artificial intelligence. The discussion reflected the continued importance of bilateral defence cooperation in supporting regional security and strengthening military-to-military relationships. Joint Force Commander proceeded to thank Commander Bratton for his contributions to defence cooperation between Brunei Darussalam and the United States and wished him success in his next assignment.
Brunei Darussalam and the United States reaffirmed their commitment to strengthening bilateral defence relations through active engagement between the RBAF and the United States military and will continue to remain committed in maintaining the momentum of professional ties between the armed forces, particularly through exchanges of expertise, capacity-building initiatives, and joint training. These efforts build upon established cooperation, including the long-running Cooperation Afloat Readiness and Training (CARAT) programme, which has been conducted in Brunei Darussalam since 1995.
PEMERINTAH ANGKATAN BERSAMA ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI MENERIMA KUNJUNGAN PENGENALAN DAN PERPISAHAN DARIPADA CHIEFS OF THE MILITARY GROUP
BOLKIAH GARISON, Rabu, 11 November 2026 – Kolonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Pemerintah Angkatan Bersama, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (AB ABDB) telah menerima kunjungan pengenalan daripada Leftenan Komander Sarah E. C. Jones, Chief of the United States Military Group ke Negara Brunei Darussalam (NBD) yang baharu, serta kunjungan perpisahan daripada Komander Bert Bratton, Chief of the United States Military Group ke NBD yang akan menamatkan tempoh perkhidmatannnya. Kunjungan berlangsung di Markas Angkatan Bersama, Bolkiah Garison. Turut hadir ialah Pemerintah Markas Operasi Khas, Pemangku Pegawai Turus Latihan Bersama dan Timbalan Pegawai Turus Perisikan Bersama (Analisa).
Semasa kunjungan tersebut, kedua-dua pihak telah bertukar-tukar pandangan mengenai beberapa perkara kepentingan bersama, termasuk keselamatan maritim, operasi darat, kesedaran domain udara, pertahanan siber dan kecerdasan buatan. Perbincangan tersebut mencerminkan kepentingan berterusan kerjasama pertahanan dua hala dalam menyokong keselamatan serantau serta memperkukuh hubungan antara angkatan tentera kedua-dua negara. Pemerintah Angkatan Bersama ABDB seterusnya merakamkan penghargaan kepada Komander Bratton atas sumbangan terhadap kerjasama pertahanan antara NBD dan Amerika Syarikat, serta mengucapkan selamat maju jaya dalam penugasan beliau yang seterusnya.
NBD dan Amerika Syarikat menegaskan semula komitmen untuk memperkukuh hubungan pertahanan dua hala melalui penglibatan aktif antara ABDB dan Angkatan Tentera Amerika Syarikat, serta akan terus mengekalkan momentum hubungan profesional antara angkatan tentera kedua-dua negara, khususnya melalui pertukaran kepakaran, inisiatif pembangunan keupayaan dan latihan bersama. Usaha-usaha ini memperkukuh kerjasama yang telah sedia terjalin, termasuk program Cooperation Afloat Readiness and Training (CARAT) yang telah sekian lama dilaksanakan di NBD sejak tahun 1995.





