NHA TRANG, REPUBLIK SOSIALIS VIET NAM, Rabu, 18 November 2026 – Dua orang pegawai daripada Unit Pertahanan Siber (UPS), Markas Angkatan Bersama, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah menyertai The 1st Japan-ASEAN and Indo-Pacific Countries Cybersecurity Cooperation Project yang berlangsung dari 10 hingga 18 November 2026 di Information Technology and Foreign Languages Center of the Telecommunications University, Nha Trang, Republik Sosialis Viet Nam. Program tersebut dianjurkan oleh Kementerian Pertahanan Jepun dengan kerjasama Kementerian Pertahanan Republik Sosialis Viet Nam.
Program ini menghimpunkan pegawai-pegawai pertahanan dari negara-negara anggota ASEAN dan rantau Indo-Pasifik bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam menangani ancaman siber. Inisiatif ini merupakan kesinambungan daripada Japan-ASEAN Cybersecurity Cooperation Program yang telah dilaksanakan dari tahun 2022 hingga 2025, dengan penyertaan yang diperluas kepada negara-negara lain di rantau Indo-Pasifik.
Penyertaan dalam program ini telah memberi peluang kepada anggota-anggota UPS untuk memperkukuh kemahiran teknikal dan meningkatkan kesiapsiagaan dalam menghadapi ancaman siber yang semakin kompleks. Program ini turut memperkukuh kerjasama pertahanan serta perkongsian pengetahuan antara Jepun, negara-negara anggota ASEAN dan rakan-rakan Indo-Pasifik ke arah meningkatkan daya tahan siber dan memelihara kestabilan serantau.
CYBER DEFENCE UNIT OF JOINT FORCE RBAF PARTICIPATES IN THE 1ST JAPAN-ASEAN AND INDO-PACIFIC COUNTRIES CYBERSECURITY COOPERATION PROJECT
NHA TRANG, SOCIALIST REPUBLIC OF VIET NAM, Wednesday, 18 November 2026 – Two officers from Cyber Defence Unit (CDU) Joint Force Headquarters, Royal Brunei Armed Forces (RBAF), participated in the 1st Japan-ASEAN and Indo-Pacific Countries Cybersecurity Cooperation Project, held from 10 to 18 November 2026 at the Information Technology and Foreign Languages Center of the Telecommunications University in Nha Trang, Socialist Republic of Viet Nam. The programme was organised by Japan’s Ministry of Defense in cooperation with the Ministry of National Defence of the Socialist Republic of Viet Nam.
The programme brought together defence officers from ASEAN Member States and the wider Indo-Pacific region to enhance their knowledge and skills in addressing cyber threats. The initiative built upon the Japan-ASEAN Cybersecurity Cooperation Program, conducted from 2022 to 2025, with participation expanded to include other countries across the Indo-Pacific region.
Participation in the programme provided CDU personnel with an opportunity to strengthen their technical skills and enhance their readiness to address increasingly complex cyber threats. The programme also strengthened defence cooperation and knowledge sharing among Japan, ASEAN Member States and Indo-Pacific partners, contributing towards enhancing cyber resilience and maintaining regional stability.





