BOLKIAH GARRISON, Tuesday, 11 April 2023 – In enlivening the month of Ramadan, Bolkiah Garrison held an event to commemorate Nuzul Al-Qur’an for both military and civilian personnel featuring a special religious talk at Surau Ad-Difa, Bolkiah Garrison.

The event commenced with the recitation of verses of the Al-Qur’an by 16982 SSjn Mohammad Harun Al-Rasyid bin Haji Mohd Hussin, followed by a special religious talk entitled ‘Bersabar, Berikhtiar, Bertawakkal dan Berdoa menghadapi ujian dengan petunjuk Al-Quran’, delivered by Ustaz Mohd Fahmi bin Haji Mansoor from the Islamic Development Department, Ministry of Religious Affairs.

Present as the Guest of Honor was Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Joint Force Commander RBAF and was attended by senior officers, officers, and personnel of the Ministry of Defence, Bolkiah Garrison.

The event is intended to serve as a platform to commemorate the great day of Islam to receive blessings this month and strengthen the friendship and working relationship among the staff of the Ministry of Defence.




MAJLIS CERAMAH KHAS SEMPENA SAMBUTAN NUZUL AL-QURAN 1444H PERINGKAT BOLKIAH GARISON

BOLKIAH GARISON, Khamis 11 April 2023 – Dalam menyemarakkan bulan Ramadan, Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah mengadakan Majlis Sambutan Nuzul Al-Qur’an bagi pegawai dan anggota wanita dengan mengadakan ceramah agama khas yang berlangsung di Surau Ad-Difa’, Bolkiah Garison.

Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Qur’an yang dibacakan oleh 16982 SSjn Mohammad Harun Al-Rasyid bin Haji Mohd Hussin dan dikuti dengan ceramah agama khas yang bertajuk ‘Bersabar, Berikhtiar, Bertawakkal dan Berdoa menghadapi ujian dengan petunjuk Al-Quran’ disampaikan oleh Ustaz Mohd Fahmi bin Haji Mansoor dari Jabatan Kemajuan Syiar Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Pemerintah Angkatan Bersama ABDB dan turut dimeriahkan dengan kehadiran pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai serta anggota-anggota Kementerian Pertahanan, Bolkiah Garison.

Sebagai wadah untuk memperingati hari kebesaran Islam ini, majlis ini dihasratkan untuk mendapat mengeratkan lagi silaturahim dan hubungan kerja dalam kalangan warga Kementerian Pertahanan.