BANDAR SERI BEGAWAN, Monday, 31 July 2023– The Indo Pacific Endeavour 2023 (IPE 03/2023) is Australia’s annual flagship defence-led international engagement aiming to strengthen Australia’s whole-of-government commitment and partnership in the Indo-Pacific region.

During IPE 03/2023, Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Joint Force Commander RBAF received a courtesy call from Rear Admiral Rachel Durbin, CSC, Head of Navy Engineering, Royal Australian Navy (RAN) at the Tower Block, Ministry of Defence, Bolkiah Garrison on Monday, 31 July 2023. Also present was the Assistant Secretary Maintenance Requirements, RAN, Australian Defence Attache to Brunei Darussalam, Acting Chief of Staff JFHQ along with Staff Officer Grade 1 J7 Staff Officers JFHQ. The Joint Force Commander welcomed and thanked Rear Admiral Rachel Durbin’s presence and both expressed appreciation for Brunei Darussalam and Australia’s close defence relations. Throughout the day, Rear Admiral Rachel Durbin and delegates had the opportunity to visit the RBAF Museum, engage with Royal Brunei Navy personnel at Muara Naval Base and attended a dinner at Tarindak D’Seni hosted by Joint Force Headquarters.

As part of the programme, a Subject-Matter-Expert-Exchange (SMEE), a Maritime Security Workshop was organized by the Judge Advocate General’s Office to provide an opportunity for military officers from both countries to develop an understanding of Law of the Sea matters. Rear Admiral Rachel Durbin, RAN, also took the opportunity to have a sharing session with RBAF female personnel to discuss on military security and experiences serving as female personnel in the military before having an official lunch with the Acting Chief of Navy.

IPE is an engagement designed to enhance the interoperability, professionalism, proficiency and collaboration of both Armed Forces in addressing current and future security threats of mutual concern in the region.





INDO PACIFIC ENDEAVOUR 2023 (IPE 03/2023)

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 31 Julai 2023– Indo Pacific Endeavor 2023 (IPE 03/2023) merupakan latihan utama ketenteraan secara tahunan diterajui oleh negara Australia adalah bertujuan bagi menggukuhkan komitmen dan kerjasama Kerajaan Australia di wilayah Indo-Pasifik.

IPE 03/2023 didahului dengan Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Pemerintah Angkatan Bersama ABDB telah mengalu-alukan kunjungan hormat daripada Rear Admiral Rachel Durbin, CSC, Head of Navy Engineering Royal Australian Navy (RAN) bertempat di Blok Menara, Kementerian Pertahanan, Bolkiah Garrison. Turut hadir bersama adalah Assistant Secretary Maintenance Requirements, RAN, Atase Pertahanan Australia ke Negara Brunei Darussalam, Pemangku Ketua Staf AB dan Pegawai Turus J7 MAB. Pem AB ABDB juga berpeluang menyampaikan rasa terima kasih diatas kehadiran Head of Navy Engineering Royal Australian Navy (RAN) ke Negara Brunei Darussalam. Kedua-duanya menyampaikan rasa penghargaan atas hubungan pertahanan dua hala yang akrab diantara Negara Brunei Darussalam dan Australia. Ini diikuti dengan beberapa aktiviti-aktiviti yang telah memang sedia dirancang bagi hari pertama. Rear Admiral Rachel Durbin dan para delegasi telah berpeluang melawat Muzium ABDB, berinteraksi dengan anggota-anggota Tentera Laut Diraja Brunei di Pangkalan Tentera Laut Muara dan menghadiri majlis makan malam di Tarindak D’Seni anjuran Markas Angkatan Bersama.

Selain itu, beberapa aktiviti lain turut dirancang sepanjang IPE 03/2023, seperti Program Pertukaran Kepakaran, Maritime Security Workshop yang dianjurkan oleh Pejabat Perundangan Tentera bagi memberi peluang kepada pegawai tentera dari kedua-dua negara untuk meluaskan kefahaman dalam Law of the Sea. Sebelum menghadiri jamuan tengahari rasmi bersama Pemangku Pemerintah Tentera Laut Diraja Brunei, Rear Admiral Rachel Durbin, RAN turut mengambil kesempatan mengadakan sesi perkongsian dengan anggota-anggota Askar Wanita ABDB bagi membincangkan keselamatan tentera dan pengalaman berkhidmat sebagai seorang wanita dalam tentera.

IPE ini adalah latihan yang direka untuk meningkatkan interoperability, profesionalisme, kecekapan dan kerjasama kedua-dua Angkatan Tentera dalam menangani ancaman-ancaman keselamatan semasa dan dimasa hadapan dirantau ini.