SUBANG AIRBASE, MALAYSIA, Wednesday, 5 November 2025 – The first flight of the Malaysian Battalion Contingent (MALBATT) 850-13, comprising 147 members of the Malaysian Armed Forces (MAF) and three members from the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), safely departed this afternoon for their peacekeeping mission under the United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL).
The sending off ceremony witnessed the presence of Yang Berbahagia General Tan Sri Hj Mohd Nizam bin Hj Jaffar, Chief of Defence Force, Malaysian Armed Forces who officiated the United Nations Beret Wearing Ceremony for the contingent members. Also present was the Acting High Commissioner of Negara Brunei Darussalam to Malaysia, Yang Mulia Awang Mohd Aizul Hakim bin Pehin OKIP Dato Seri Setia Haji Suyoi. Attendees included Lieutenant Colonel Rudie Asmawi bin Haji Abidin, Defence Adviser of Brunei Darussalam to Malaysia, alongside Senior officers of the Malaysian Armed Forces and family members of the departing troops.The remaining members of the RBAF personnel will be deployed on two subsequent flights, with schedules set for 13 and 17 November 2025.
The MALBATT 850-12 contingent will depart from Lebanon to Malaysia, coinciding with the arrival of each MALBATT 850-13 flight, culminating in the Transfer of Authority (TOA) Process scheduled for 15 November 2025 at Marakah Camp, Lebanon. The Malaysian Battalion (MALBATT) 850-13 will be the last contingent participating in the United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL) mission following involvement since 2007.

PANGKALAN UDARA SUBANG, MALAYSIA, Rabu, 5 November 2025 –Penerbangan pertama Kontinjen Batallion Malaysia (MALBATT) 850-13 untuk misi pengaman Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) yang terdiri daripada 147 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan tiga anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) berlepas petang ini.
Hadir bagi menyaksikan pemergian tersebut ialah Yang Berbahagia Jeneral Tan Sri Hj Mohd Nizam bin Hj Jaffar, Panglima Angkatan Tentera Malaysia yang seterusnya menyampaikan Upacara Pemakaian Beret Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi anggota Kontingen MALBATT 850-13. Turut hadir ialah Pemangku Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke Malaysia, Yang Mulia Awang Mohd Aizul Hakim bin Pehin OKIP Dato Seri Setia Haji Suyoi. Juga hadir adalah Yang Mulia Leftenan Kolonel Rudie Asmawi bin Haji Abidin, Penasihat Pertahanan Brunei Darussalam ke Malaysia, Pegawai-pegawai Kanan Angkatan Tentera Malaysia dan ahli keluarga kontinjen.
Kontinjen ABDB MALBATT 850-13 selebihnya akan berlepas pada dua tarikh yang disusun secara berasingan. Penerbangan ketiga akan membawa 9 anggota ABDB dijadualkan berlepas pada hari Khamis, 13 November 2025, manakala penerbangan terakhir akan membawa lagi 9 anggota ABDB dijadualkan berlepas pada hari Isnin, 17 November 2025. Kontinjen MALBATT 850-12 juga akan membuat penerbangan pulang dari Lubnan ke Malaysia sejurus setibanya setiap penerbangan MALBATT 850-13 di Lubnan.
Proses Pemindahan Kuasa (TOA) antara kedua-dua kontingen akan diadakan pada hari Sabtu, 15 November 2025 di Kem Marakah, Lubnan. Pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 adalah kontinjen terakhir untuk menyertai misi Pasukan Pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) sejak penglibatannya pada tahun 2007.



