TANAH JAMBU, Thursday, 22 October 2026 – The Cyber Defence Unit, Joint Force Headquarters, Royal Brunei Armed Forces (RBAF), organised the third Cyber Defence Exercise (CDEX 2026) to strengthen participants’ preparedness in responding to cyber security incidents and enhance their practical cyber defence skills.
Held at the Officer Cadet School Lecture Theatre, Defence Academy RBAF, Tanah Jambu, from 20 to 22 October 2026, the three-day exercise comprised a cyber workshop on the first day, a scenario-based exercise on the second day, and a Capture the Flag (CTF) competition on the final day.
The exercise aimed to familiarise participants with appropriate cyber incident response procedures, assess their responses to simulated cyber security incidents, and test their technical skills and problem-solving abilities. The programme provided a structured platform for participants to apply their knowledge through practical activities and scenario-based challenges.
The closing ceremony of the exercise was officiated by Colonel Pengiran Rumaizi bin Pengiran Othman, Joint Force Commander, RBAF, who also presented prizes to the winners of the CTF competition.
A day earlier, the opening ceremony was officiated by Captain Khairil bin Haji Abdul Rahman, Royal Brunei Navy (RBN), Deputy Joint Force Commander, RBAF. CDEX 2026 formed part of the Cyber Defence Unit’s ongoing efforts to develop cyber defence competencies and strengthen Ministry of Defence and RBAF’s readiness to respond to cyber threats. Through practical training and the assessment of incident response capabilities, the exercise








EKSESAIS PERTAHANAN SIBER KE-3 (CYBER DEFENCE EXERCISE 2026)
TANAH JAMBU, Khamis, 22 Oktober 2026 – Unit Pertahanan Siber (UPS), Markas Angkatan Bersama, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), telah menganjurkan Eksesais Pertahanan Siber Kali Ketiga (CDEX 2026) bagi memperkukuh kesiapsiagaan para peserta dalam menangani insiden keselamatan siber serta meningkatkan kemahiran praktikal dalam pertahanan siber.
Eksesais selama tiga hari tersebut berlangsung di Dewan Kuliah Sekolah Pegawai Kadet, Akademi Pertahanan ABDB, dari 20 hingga 22 Oktober 2026. Program ini merangkumi bengkel siber pada hari pertama, latihan berasaskan senario pada hari kedua dan pertandingan CTF pada hari terakhir.
Eksesais ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada para peserta mengenai prosedur tindak balas yang bersesuaian dalam menangani insiden siber, menilai keberkesanan tindak balas mereka terhadap simulasi insiden keselamatan siber serta menguji kemahiran teknikal dan keupayaan menyelesaikan masalah. Melalui aktiviti praktikal dan cabaran berasaskan senario, para peserta berpeluang mengaplikasikan pengetahuan dalam suasana latihan yang tersusun.
Majlis penutup eksesais telah disempurnakan oleh Yang Mulia Kolonel Pengiran Rumaizi bin Pengiran Othman, Pemerintah Angkatan Bersama ABDB, yang turut berkenan menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan CTF. Sehari sebelum, majlis pembukaan eksesais telah disempurnakan oleh Yang Mulia Kepten Khairil bin Haji Abdul Rahman, TLDB, Timbalan Pemerintah Angkatan Bersama ABDB.
Penganjuran CDEX 2026 merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Kementerian Pertahanan dalam membangunkan kompetensi pertahanan siber serta memperkukuh kesiagaan Kementerian Pertahanan dan ABDB untuk menghadapi ancaman siber. Latihan praktikal dan penilaian keupayaan tindak balas insiden ini turut menyumbang kepada pembangunan warga pertahanan siber yang lebih berkemahiran, bersedia dan berdaya tahan.