GADONG, 5 NOVEMBER 2026 – The International Counterproliferation Program (ICP), under the United States Defense Threat Reduction Agency (DTRA), conducted a four-day Cyber Crime Investigations on Weapons of Mass Destruction (WMD) workshop from 2 to 5 November 2026 at The Rizqun International Hotel, Gadong.
The workshop brings together 24 participants from six agencies in Brunei Darussalam, namely the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), Royal Brunei Police Force (RBPF), Internal Security Department, Attorney General’s Chambers, Authority for Info-communications Technology Industry (AITI) and Cyber Security Brunei. The participation of these agencies provides an opportunity to strengthen inter-agency cooperation, enhance knowledge sharing and develop a coordinated approach in addressing emerging cyber threats and counterproliferation challenges.
The workshop aims to enhance participants’ capabilities in identifying, preserving and analysing digital evidence to support investigations into cyber threats, transnational financial networks and the proliferation of WMD and dual-use technologies. It also provides participants with practical knowledge and investigative techniques in digital forensics, cyber open-source intelligence (OSINT), website investigations, email analysis, mobile device investigations and cryptocurrency-related investigations.
Throughout the workshop, participants engaged in a series of technical sessions, practical exercises and real-world case studies covering emerging cyber threats, ransomware operations, Advanced Persistent Threats (APTs), fraud networks and Business Email Compromise (BEC).
The workshop serves as an important platform for strengthening investigative expertise, promoting knowledge exchange and enhancing collaboration among national agencies and international partners in addressing the evolving challenges of cybercrime and counterproliferation.
BENGKEL SIASATAN JENAYAH SIBER BERKAITAN WEAPONS OF MASS DESTRUCTION (WMD) MEMPERKUKUH KEUPAYAAN SIASATAN SIBER DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
GADONG, 5 NOVEMBER 2026 – International Counterproliferation Program (ICP) di bawah Defense Threat Reduction Agency (DTRA), Amerika Syarikat telah mengendalikan Bengkel Siasatan Jenayah Siber berkaitan Weapons of Mass Destruction (WMD) selama empat hari, bermula 2 hingga 5 November 2026, bertempat di Rizqun International Hotel, Gadong.
Bengkel ini menghimpunkan seramai 24 orang peserta daripada enam agensi di Negara Brunei Darussalam, iaitu Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri, Jabatan Peguam Negara, Pihak Berkuasa Industri Teknologi Info-Komunikasi (AITI) dan Cyber Security Brunei. Penyertaan daripada agensi-agensi ini telah memberikan peluang untuk memperkukuh kerjasama antara agensi, meningkatkan perkongsian pengetahuan serta membangunkan pendekatan yang lebih bersepadu dalam menangani ancaman siber semasa dan cabaran berkaitan usaha membanteras percambahan senjata pemusnah besar-besaran.
Bengkel ini bertujuan untuk mempertingkatkan keupayaan para peserta dalam mengenal pasti, memelihara dan menganalisa bukti digital bagi menyokong siasatan terhadap ancaman siber, rangkaian kewangan rentas negara serta penyebaran senjata pemusnah besar-besaran dan teknologi dua guna. Selain itu, bengkel ini turut memberikan pengetahuan praktikal serta teknik penyiasatan dalam bidang forensik digital, risikan sumber terbuka siber (OSINT), siasatan laman sesawang, analisis e-mel, siasatan peranti mudah alih dan siasatan berkaitan mata wang kripto.
Sepanjang bengkel ini, para peserta telah mengikuti pelbagai sesi teknikal, latihan praktikal dan kajian kes sebenar yang merangkumi ancaman siber semasa, operasi perisian tebusan (ransomware), Advanced Persistent Threats (APTs), rangkaian penipuan serta penipuan melalui kompromi e-mel perniagaan Business Email Compromise (BEC). Bengkel ini merupakan platform penting dalam memperkukuh kepakaran penyiasatan, menggalakkan perkongsian pengetahuan serta meningkatkan kerjasama antara agensi-agensi kebangsaan dan rakan kerjasama antarabangsa dalam menangani cabaran jenayah siber dan usaha membanteras percambahan senjata pemusnah besar-besaran yang semakin berkembang.




