LUBNAN, Rabu, 28 Oktober 2026 – Kontinjen Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) MALBATT 850-13, dengan kerjasama Elemen Jurutera MALBATT 850-13 dan pihak Perbandaran Jinnata, telah melaksanakan projek baik pulih gelanggang futsal di Jinnata, Selatan Lubnan, bagi menyokong kesejahteraan masyarakat setempat.
Majlis perasmian projek tersebut telah disempurnakan oleh Mejar Mohammad Ihya’uddin bin Haji Ishak, Ketua Kontinjen ABDB MALBATT 850-13. Turut hadir ialah Kolonel Mohd Rizal bin Mohd Ali, Komander MALBATT 850-13, dan Mr Nymir Shour, Datuk Bandar Jinnata, serta wakil masyarakat setempat dan pelajar Al-Marj Private School.
Projek yang dibiayai oleh ABDB melalui Kontinjen ABDB MALBATT 850-13 ini merangkumi pembaikan dan pengecatan pagar, penyelenggaraan tiang gol, penggantian jaring serta pemasangan artificial turf baharu. Pelaksanaan projek ini bertujuan untuk menyediakan kemudahan sukan yang lebih selamat dan kondusif bagi golongan belia serta kanak-kanak, di samping menggalakkan aktiviti riadah dan interaksi sosial dalam kalangan masyarakat setempat.
Majlis tersebut turut diserikan dengan upacara pemotongan reben dan sepakan bola perasmian, diikuti perlawanan persahabatan futsal antara pasukan MALBATT 850-13 dengan pasukan Jinnata serta penyampaian hadiah dan cenderamata. Datuk Bandar Jinnata turut merakamkan penghargaan atas kerjasama dan sumbangan yang diberikan dalam menaik taraf kemudahan rekreasi masyarakat tersebut.
Pelaksanaan projek ini merupakan sebahagian daripada usaha Kerjasama Awam-Tentera (CIMIC) MALBATT 850-13 dalam menyokong masyarakat setempat sepanjang penugasan di bawah Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL). Inisiatif ini turut mencerminkan komitmen Kontinjen ABDB dalam mendukung diplomasi kemanusiaan serta memperkukuh hubungan persahabatan dan kepercayaan antara anggota pengaman dengan masyarakat di Selatan Lubnan.

RBAF CONTINGENT MALBATT 850-13 INAUGURATES FUTSAL COURT REHABILITATION PROJECT IN JINNATA, SOUTHERN LEBANON
LEBANON, Wednesday, 28 October 2026 – The Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Contingent MALBATT 850-13, in collaboration with the MALBATT 850-13 Engineering Element and Jinnata Municipality, completed a futsal court rehabilitation project in Jinnata, South Lebanon, aimed at improving recreational facilities and supporting the well-being of the local community.
The inauguration ceremony was officiated by Major Mohammad Ihya’uddin bin Haji Ishak, Contingent Commander of the RBAF MALBATT 850-13. Also in attendance were Colonel Mohd Rizal bin Mohd Ali, Commander of MALBATT 850-13 and Mr Nymir Shour, Mayor of Jinnata, alongside local community representatives and students from Al-Marj Private School.
Funded by the RBAF through the RBAF Contingent MALBATT 850-13, the project comprised of repairing and repainting of the fences, maintenance of goalposts, replacement of netting and installation of the new artificial turf. The project aimed to provide a safer and more conducive sporting facility for young people and children, while encouraging recreational activities and social interaction within the local community.
The ceremony included a ribbon-cutting ceremony and a ceremonial kick-off, followed by a friendly futsal match between MALBATT 850-13 and Jinnata, as well as the presentation of prizes and mementos. The Mayor of Jinnata also expressed his appreciation for the cooperation and contributions towards improving the community’s recreational facilities.
The project formed part of MALBATT 850-13’s Civil-Military Cooperation (CIMIC) efforts to support local communities during its deployment under the United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL). The initiative also reflected the RBAF Contingent’s commitment to supporting humanitarian diplomacy and strengthening friendship and trust between peacekeepers and communities in South Lebanon.






