MCLEAN, VIRGINIA, UNITED STATES OF AMERICA, 7 AUGUST 2026 – The Royal Brunei Armed Forces (RBAF), represented by an officer from the Cyber Defence Unit (CDU), Joint Force (JF), RBAF, Captain (Air) Mohd Zulhaffiz Zarriq bin Hj Ranee, participated in the Practical Cyber Implementation Course organised by the Defense Security Cooperation University, held in McLean, Virginia, United States of America, from 27 July to 7 August 2026.
The course provided participants with practical knowledge and exposure to the implementation of cybersecurity measures through briefings, discussions and practical activities. It was attended by 31 participants representing 22 countries, providing a valuable platform for exchanging knowledge, experiences and best practices in cybersecurity.
The participation supported the continued professional development of CDU JF RBAF and strengthened engagement with international partners. The knowledge and experience gained will contribute towards enhancing cyber defence capabilities and operational readiness within the CDU JF RBAF.
ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI MENYERTAI KURSUS PRACTICAL CYBER IMPLEMENTATION DI AMERIKA SYARIKAT
McLEAN, VIRGINIA, AMERIKA SYARIKAT, 7 OGOS 2026 – Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang diwakili oleh seorang pegawai dari Unit Pertahanan Siber (UPS), Angkatan Bersama (AB) ABDB, Kapten (U) Mohd Zulhaffiz Zarriq bin Hj Ranee, telah menyertai Kursus Practical Cyber Implementation yang dianjurkan oleh Defense Security Cooperation University, di McLean, Virginia, Amerika Syarikat, dari 27 Julai hingga 7 Ogos 2026.
Kursus tersebut memberikan pengetahuan praktikal serta pendedahan mengenai pelaksanaan langkah-langkah keselamatan siber melalui sesi taklimat, perbincangan dan aktiviti praktikal. Kursus berkenaan telah disertai oleh 31 peserta yang mewakili 22 buah negara, sekali gus menyediakan platform bagi pertukaran pengetahuan, pengalaman dan amalan terbaik dalam bidang keselamatan siber. Penyertaan tersebut menyokong pembangunan profesional berterusan UPS AB ABDB serta memperkukuh hubungan dengan rakan antarabangsa. Pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh akan menyumbang kepada peningkatan keupayaan pertahanan siber dan kesiagaan operasi UPS AB ABDB.




