BANDUNG, INDONESIA, 11 September 2026 – The Royal Brunei Armed Forces (RBAF) participated in Exercise Super Garuda Shield (SGS) 2026 in two key Exercises, namely the Staff Exercise (STAFFEX) and Cyber Exercise (CYBEREX) from 30 August to 11 September 2026. 

The RBAF is represented by three officers for STAFFEX, providing an opportunity to enhance multinational operational planning and decision-making through the application of common doctrine and SOPs, while exchanging professional knowledge and best practices.

In CYBEREX, the RBAF is represented by an officer and two Senior Non-Commissioned Officers. The exercise provides an opportunity to enhance awareness and understanding of cyber-related challenges within the contemporary security environment, while facilitating the sharing of knowledge, experiences and best practices among participating nations.

The participation of RBAF in both STAFFEX and CYBEREX reflects Brunei Darussalam’s commitment to develop professional military capabilities and strengthening cooperation with regional and international partners. The exercise also highlighted the importance of applying common doctrine and SOPs in a multinational environment, which provides a structured and consistent approach to planning, coordination and execution while enabling participating forces to work effectively towards a common operational objective. It also provides valuable opportunities for personnel to learn from participating forces and apply relevant knowledge towards further enhancing the RBAF’s readiness and capabilities.

ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI MENYERTAI EKSESAIS SUPER GARUDA SHIELD 2026

BANDUNG, INDONESIA, 11 September 2026 — Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah menyertai Eksesais Super Garuda Shield (SGS) 2026 dengan penyertaan tertumpu kepada dua eksesais utama, iaitu Staff Exercise (STAFFEX) dan Cyber Exercise (CYBEREX) dari 30 Ogos to 11 September 2026.

ABDB diwakili oleh tiga pegawai dalam STAFFEX, yang memberi peluang untuk mempertingkatkan kefahaman mengenai perancangan operasi dan membuat keputusan secara berbilang negara melalui penerapan doktrin dan SOP yang sama, di samping berkongsi pengetahuan profesional serta amalan terbaik.

ABDB telah diwakili oleh seorang pegawai dan dua Pegawai Tidak Bertauliah Kanan di dalam CYBEREX. Eksesais ini memberikan peluang untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman mengenai cabaran berkaitan siber dalam persekitaran keselamatan semasa, di samping menjadi platform bagi perkongsian pengetahuan, pengalaman dan amalan terbaik antara negara-negara peserta.

Penyertaan ABDB dalam STAFFEX dan CYBEREX mencerminkan komitmen ABDB dalam memperkembangkan keupayaan profesional ketenteraan serta memperkukuhkan kerjasama bersama rakan-rakan serantau dan antarabangsa. Eksesais ini turut menekankan kepentingan penerapan doktrin dan SOP yang sama dalam persekitaran berbilang negara bagi memastikan pendekatan yang tersusun dan seragam dalam aspek perancangan, penyelarasan dan pelaksanaan, serta membolehkan pasukan yang mengambil bahagian beroperasi secara berkesan ke arah mencapai objektif operasi yang sama. Penglibatan ini turut memberikan peluang kepada anggota ABDB untuk menimba pengalaman daripada angkatan tentera yang menyertai eksesais serta menerapkan pengetahuan yang relevan bagi meningkatkan kesiapsiagaan dan keupayaan ABDB.