SHINJUKU, JAPAN, Friday 17th February 2023 – The Royal Brunei Armed Forces (RBAF) participated in the 5th Japan-ASEAN Humanitarian Assistance and Disaster Relief (HADR) Invitational Program which was organised by the Japan Ministry of Defense (JMOD) and held at the Ministry and the Grand Hill Hotel Ichigaya, Tokyo, Japan commencing from 12th February to 18th February, 2023.

A total of nine (9) ASEAN countries have participated in the 5th Japan-ASEAN HADR Invitational Program which consist of Brunei Darussalam, Cambodia, Indonesia, Malaysia, the Republic of the Philippines, the Republic of Singapore, Thailand, Lao PDR and Vietnam except Myanmar did not attend this program in which a total of 18 senior officers and officers from ASEAN countries. Representing RBAF were Lieutenant Colonel Haji Mohammad Alimin Bin Haji Subohi, Royal Brunei Land Force and Major Haji Nafisal bin Haji Salim, Joint Force Headquarter of the RBAF.

The main goal of the 5th Japan-ASEAN HADR Invitational Program is to provide an opportunity to discuss HADR, to consider course of actions and directly share experiences and views related to complex natural disasters which required good leadership and planning in the context of synergizing strength when working together between member states. Additionally, it enables the development of additional professional networks among ASEAN member states’ military personnel that may be utilized to achieve maximum capability in the real-world of the HADR operations in the future.


5TH JAPAN-ASEAN HUMANITARIAN ASSISTANCE AND DISASTER RELIEF INVITATIONAL PROGRAM BERTEMPAT DI TOKYO JAPAN PADA 13 FEBRUARI HINGGA 17 FEBRUARI 2023

SHINJUKU, JEPUN, Jumaat 17 Februari 2023Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah menghadiri 5th Japan-ASEAN Humanitarian Assistance and Disaster Relief (HADR) Invitational Program yang dianjurkan oleh Kementerian Pertahanan Jepun yang diadakan di Kementerian tersebut dan Hotel Grand Hill Ichigaya, Tokyo, Jepun bermula dari 12 Februari 2023 hingga 18 Februari 2023.

Sebanyak sembilan (9) buah negara – negara ASEAN telah turut menyertai 5th Japan-ASEAN HADR Invitational Program yang terdiri daripada Brunei Darussalam, Indonesia, Kamboja, Laos, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam kecuali negara Myanmar yang tidak menghantar peserta bagi menghadiri program kali ini yangmana seramai 18 pegawai – pegawai keseluruhannya. ABDB telah diwakili oleh Leftenan Kolonel Haji Mohammad Alimin Bin Haji Subohi,  Tentera Darat Diraja Brunei dan Mejar Haji Nafisal bin Haji Salim, Markas Angkatan Bersama, ABDB.

Matlamat utama bagi 5th Japan-ASEAN HADR Invitational Program adalah untuk memberi peluang bagi membincangkan perkara-perkara mengenai dengan bantuan kemanusiaan dan bantuan bencana, mempertimbangkan tindakan-tindakan yang akan diambil dan mengongsikan terus pengalaman dan pandangan yang berkaitan dengan bencana alam yang begitu kompleks yangmana memerlukan kriteria-kriteria terutamanya kepimpinan dan perancangan yang komprehensive dalam sinergi kekuatan apabila bekerjasama antara negara. Selain itu, membolehkan pembangunan rangkaian profesional tambahan di kalangan anggota tentera negara ASEAN yang mungkin digunakan dalam operasi HADR di dunia sebenar pada masa hadapan.