BOLKIAH GARRISON, Friday, 13 November 2026 – A Doa Kesyukuran Ceremony at Surau Ad-Difa’, Bolkiah Garrison was held by the Ministry of Defence to mark the safe return of three Royal Brunei Armed Forces (RBAF) officers following the completion of their deployment as part of the Independent Decommissioning Body, Verification, Monitoring and Assistance Team (IDB VMAT) 7/2025 in Mindanao, Republic of the Philippines.

The IDB VMAT 7/2025 contingent was led by Yang Mulia Lieutenant Colonel Pengiran Ridzamfaizal bin Pengiran Haji Salleh, together with two other officers, Yang Mulia Major Muhammad Asri bin Haji Awang Ahmad and Yang Mulia Captain (Udara) Pengiran Muddathir Zaki bin Pengiran Haji Baharuddin. The three officers returned safely to Brunei Darussalam on 16 October 2026.

The ceremony was attended by Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof, Coordinating Minister for National Security, Minister at the Prime Minister’s Office and Minister of Defence II. Also in attendance were Ms Bernadette A. Mendoza, Chargé d’Affaires, a.i, Embassy of the Republic of the Philippines to Brunei Darussalam; members of the Defence Executive Committee and the RBAF Executive Committee; Defence Attaché of the Embassy of the Republic of the Philippines to Brunei Darussalam; representative from the Ministry of Foreign Affairs; officers and personnel of the Ministry of Defence and family members of the IDB VMAT 7/2025 contingent.

The ceremony began with the recitation of Sayyidul Istighfar, Surah Al-Fatihah, Surah Al-Mulk and Asmaul Husna. This was followed by a tazkirah entitled ‘Kepulangan Yang Penuh Ibrah’, delivered by Yang Mulia Major Narulismandy @ Anwar Hadi bin Haji Samaih, Acting Director of the RBAF Religious Directorate (JAMA’AT). The ceremony continued with the presentation of certificates and tokens of appreciation to the IDB VMAT 7/2025 contingent, accompanied by the chanting of Dikir Marhaban.

The ceremony then proceeded with the Sunat Hajat and Sunat Dhuha prayers, followed by the recitation of the Doa Selamat dan Doa Peliharakan Sultan and the ceremony concluded with a group photo session.

Since the establishment of the IDB VMAT in 2019, Brunei Darussalam has deployed a total of 30 RBAF officers to support the peace process in Mindanao, Republic of the Philippines. This participation reflects Brunei Darussalam’s continued commitment to regional and international peace and security, in line with the strategic aspirations outlined in the Defence White Paper.

MAJLIS DOA KESYUKURAN SEMPENA KEPULANGAN KONTINJEN IDB VMAT 7/2025

BOLKIAH GARISON, Jumaat, 13 November 2026 – Kementerian Pertahanan telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran di Surau Ad-Difa’, Bolkiah Garison sebagai tanda kesyukuran atas kepulangan tiga pegawai Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) setelah menamatkan penugasan mereka sebagai ahli Independent Decommissioning Body, Verification, Monitoring and Assistance Team (IDB VMAT) 7/2025 di Mindanao, Republik Filipina.

Kontinjen IDB VMAT 7/2025 diketuai oleh Yang Mulia Leftenan Kolonel Pengiran Ridzamfaizal bin Pengiran Haji Salleh bersama dua orang pegawai, iaitu Yang Mulia Mejar Muhammad Asri bin Haji Awang Ahmad dan Yang Mulia Kapten (Udara) Pengiran Muddathir Zaki bin Pengiran Haji Baharuddin. Ketiga-tiga pegawai tersebut selamat kembali ke tanah air pada 16 Oktober 2026.

Majlis tersebut dihadiri oleh Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II. Turut hadir ialah Puan Bernadette A. Mendoza, Chargé d’Affaires, a.i, Kedutaan Besar Republik Filipina di Negara Brunei Darussalam; Ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif Pertahanan dan Jawatankuasa Eksekutif ABDB; Atase Pertahanan Kedutaan Besar Republik Filipina di Negara Brunei Darussalam; wakil daripada Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri; pegawai dan anggota Kementerian Pertahanan, serta ahli keluarga kontinjen IDB VMAT 7/2025 yang diraikan.

Majlis dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar, Surah Al-Fatihah, Surah Al-Mulk dan Asmaul Husna. Majlis diteruskan dengan tazkirah bertajuk ‘Kepulangan Yang Penuh Ibrah’ yang disampaikan oleh Yang Mulia Mejar Narulismandy @ Anwar Hadi bin Haji Samaih, Pemangku Pengarah Agama, Jabatanarah Agama, ABDB (JAMA’AT). Seterusnya, sijil dan cenderahati disampaikan kepada kontinjen IDB VMAT 7/2025 yang diiringi dengan laungan Dikir Marhaban. 

Majlis kemudiannya diteruskan dengan sembahyang Sunat Hajat dan Sunat Dhuha, diikuti dengan bacaan Doa Selamat dan Doa Peliharakan Sultan dan diakhiri dengan sesi bergambar ramai. 

Sejak penubuhan IDB VMAT pada tahun 2019, Negara Brunei Darussalam telah menghantar seramai 30 pegawai ABDB bagi menyokong usaha perdamaian di Mindanao, Republik Filipina. Penyertaan ini mencerminkan komitmen berterusan Negara Brunei Darussalam dalam memelihara keamanan dan keselamatan serantau dan antarabangsa, selaras dengan aspirasi strategik yang digariskan dalam Kertas Putih Pertahanan.