RIMBA AIR FORCE BASE, 07 February 2025 – The Combined Team from Ministry of Defence (MINDEF), Joint Force Headquarters (JFHQ), Special Force Regiment (SFR) and Training Institute (TI) demonstrated exceptional performance at the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Swimming and Water Polo Championship, earning a total of 10 medals in swimming competition, securing third place overall for swimming competition and securing second place overall in the water polo competition.
Gracing the event as the Guest of Honour and presiding over the medals and trophies presentation was Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, RBAF Commander.
Overall, the RBAF Swimming and Water Polo Championship concluded with RBN emerging as the overall swimming champions, RBLF dominating the water polo event, and Combined Team securing strong placements in both competitions. The tournament not only highlighted the competitive spirit of RBAF personnel but also reinforced camaraderie and teamwork among the participating units.
PASUKAN GABUNGAN MENDAPAT KEDUDUKAN MEMBANGGAKAN DALAM KEJOHANAN RENANG DAN POLO AIR ABDB
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, 07 Februari 2025 – Pasukan Gabungan yang terdiri daripada Kementerian Pertahanan (KEMENTAH), Markas Angkatan Bersama (MAB), Rejimen Pasukan Khas (RPK), dan Institut Latihan (IL) telah mempamerkan prestasi cemerlang dalam Kejohanan Renang dan Polo Air Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), dengan meraih 10 pingat dalam acara renang, menduduki tempat ketiga keseluruhan, serta meraih tempat kedua keseluruhan dalam kejohanan polo air.
Berkenan menghadiri acara selaku Tetamu Kehormat dan menyempurnakan penyampaian pingat serta trofi ialah Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah ABDB.
Secara keseluruhan, Kejohanan Renang dan Polo Air ABDB berakhir dengan TLDB muncul sebagai juara keseluruhan dalam acara renang, TDDB menguasai kejohanan polo air, dan Pasukan Gabungan menampilkan prestasi mantap dalam kedua-dua kejohanan. Kejohanan ini bukan sahaja menonjolkan daya saing dalam kalangan anggota ABDB tetapi turut mengeratkan hubungan setiakawan dan semangat berpasukan antara unit-unit yang bertanding.