BOLKIAH GARRISON, Monday, 28 April 2025 - A Virtual Teleconference (VTC) was held between the People's Republic of China and Brunei Darussalam to coordinate preparations for the 20th ASEAN Defence Ministers' Meeting Plus Experts' Working Group on Peacekeeping Operations (ADMM-Plus EWG on PKO).
The session began with the introduction of co-chair Colonel (U) Peter bin Ulat @ Yulat, representing Brunei Darussalam. Colonel Peter reaffirmed Brunei Darussalam's commitment to strengthening international peacekeeping cooperation.
The People's Republic of China, headed by Senior Colonel Zhang Qilin as Co-Chairman, presented its plan for the seminar themed "Technology and Innovation, Enhancing Military Cooperation in Peacekeeping Operations", focusing on leveraging modern technologies to enhance peacekeeping efforts.
The main discussions include planning for the Field Training Exercise (FTX), which will provide practical experience in applying technological innovations to peacekeeping scenarios. The seminar is scheduled to take place from 10 to 14 June 2025 in Nanjing, People's Republic of China.
Both parties expressed confidence in the success of the upcoming 20th EWG and agreed to continue close coordination in the lead-up to the event.

PERSIDANGAN SECARA MAYA ANTARA REPUBLIK RAKYAT CHINA DAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM BAGI PERSEDIAAN THE 20TH ADMM-PLUS EXPERTS' WORKING GROUP ON PEACEKEEPING OPERATIONS (EWG ON PKO) SEMINAR DI NANJING, REPUBLIK RAKYAT CHINA
BOLKIAH GARISON, Isnin, 28 April 2025 - Persidangan secara maya telah diadakan diantara Republik Rakyat China dan Negara Brunei Darussalam bagi menyelaras persediaan the 20th ASEAN Defence Ministers' Plus Experts' Working Group on Peacekeeping Operations (ADMM-Plus EWG on PKO).
Sesi dimulakan dengan kata-kata aluan dari Pengerusi Bersama, Kolonel (U) Peter bin Ulat @ Yulat, yang mewakili Negara Brunei Darussalam. Kolonel Peter menegaskan komitmen Negara Brunei Darussalam dalam memperkukuhkan kerjasama antarabangsa dalam operasi pengaman.
Republik Rakyat China, yang diketuai oleh Senior Colonel Zhang Qilin selaku Pengerusi Bersama membentangkan rancangan seminar bertemakan "Teknologi dan Inovasi Memperkukuh Kerjasama Ketenteraan dalam Operasi Pengaman", yang memberi tumpuan kepada penggunaan teknologi moden untuk mempertingkatkan keberkesanan operasi pengaman.
Perbincangan utama termasuk perancangan bagi Latihan Medan (FTX), yang akan memberikan pengalaman praktikal dalam mengaplikasikan inovasi teknologi bagi senario pengaman. Seminar dijadualkan berlangsung dari 10 hingga 14 Jun 2025 di Nanjing, Republik Rakyat China.
Kedua-dua pihak menyatakan keyakinan terhadap kejayaan EWG ke-20 akan datang dan bersetuju untuk meneruskan koordinasi rapat menjelang acara tersebut.