BEIJING, PEOPLE'S REPUBLIC OF CHINA, Wednesday, 14 May 2025 - SO1 J3 Land, JFHQ RBAF, Major Haji Nafisal bin Haji Salim was part of the Ministry of Defence delegation to the 2nd Joint Defence Working Committee (JDWC) meeting between Brunei Darussalam and the People's Republic of China (PRC) held at the Office for International Military Cooperation, People's Republic of China. The delegation was led by Yang Mulia Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Alirupendi bin Haji Perudin, Permanent Secretary of the Ministry of Defence Brunei Darussalam.
The meeting was co-chaired by Yang Mulia Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Alirupendi bin Haji Perudin, Permanent Secretary of the Ministry of Defence Brunei Darussalam, and Major General Zhang Bao Qun, Deputy Director of the Office for International Military Cooperation of the Central Military Commission (OIMC CMC), Ministry of National Defence of the People's Republic of China. Officials from the defence establishments and armed forces of both countries were also in attendance.
During the meeting, Brunei Darussalam and the People's Republic of China reaffirmed the commitment to further strengthen and deepen bilateral relations. The meeting observed discussion around the progress on the bilateral defence cooperation as well as prospects for potential areas of future cooperation. Both sides also had the opportunity to exchange views on regional and international mutual security concerns.
The JDWC meeting between Brunei Darussalam and the People's Republic of China was established in 2023 to serve as a platform for both defence establishments to exchange views on matters of mutual concern as well as to discuss current and future defence cooperation. The JDWC is also a follow up from the signing of the Memorandum of Understanding (MoU) on Defence Cooperation between Brunei Darussalam and the People's Republic of China on 12 September 2003.


MARKAS ANGKATAN BERSAMA, ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI (MAB ABDB) MENYERTAI ROMBONGAN KEMENTERIAN PERTAHANAN BAGI MENGHADIRI MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA PERTAHANAN BERSAMA KALI KEDUA DI ANTARA NEGARA BRUNEI DARUSSALAM DAN REPUBLIK RAKYAT CHINA
BEIJING, REPUBLIK RAKYAT CHINA, Rabu, 14 Mei 2025 – Pegawai Turus 1, J3 Darat, MAB ABDB, Mejar Haji Nafisal bin Haji Salim telah mengikuti rombongan Kementerian Pertahanan bagi menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pertahanan Bersama (JKPB) di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Rakyat China kali yang ke-2 yang telah berlangsung pada hari ini di Office for International Military Cooperation, China. Rombongan tersebut diketuai oleh Yang Mulia Brigedier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Alirupendi bin Haji Perudin, Setiausaha Tetap, Kementerian Pertahanan, Negara Brunei Darussalam.
Mesyuarat tersebut dipengerusikan bersama oleh Yang Mulia Brigedier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Alirupendi bin Haji Perudin, Setiausaha Tetap, Kementerian Pertahanan, Negara Brunei Darussalam dan Mejar Jeneral Zhang Bao Qun, Timbalan Pengarah Office for International Military Cooperation of the Central Military Commission, Kementerian Pertahanan Nasional Republik Rakyat China. Mesyuarat berkenaan turut dihadiri oleh pegawai-pegawai dari Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata kedua-dua buah negara.
Semasa mesyuarat berkenaan, Negara Brunei Darussalam dan Republik Rakyat China mengesahkan komitmen untuk memperkukuhkan lagi hubungan pertahanan dua hala. Mesyuarat tersebut juga telah membincangkan kemajuan mengenai kerjasama pertahanan dua hala dan menerokai prospek bagi bidang kerjasama yang berpotensi diadakan pada masa akan datang. Kedua-dua pihak juga berpeluang untuk bertukar-tukar pandangan mengenai isu-isu keselamatan serantau dan antarabangsa yang menjadi kebimbangan bersama.
Mesyuarat JKPB di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Rakyat China ditubuhkan pada tahun 2023 dan dijadikan sebagai platform bagi pertukaran pandangan mengenai perkara-perkara kepentingan bersama selain membincangkan kerjasama pertahanan yang sedia ada dan yang akan datang. Mesyuarat JKPB ini juga adalah susulan dari penandatanganan Memorandum Persefahaman (MoU) di bidang pertahanan di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Rakyat China pada 12 September 2003.