Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

JFHQ RBAF CONDUCTS VISIT TO THE CENTRE OF ISLAMIC CALLIGRAPHY AND ARTS STUDIES OF YAYASAN SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH

BANDAR SERI BEGAWAN, Friday, 01 August 2025 – A delegation of 16 members from the Joint Force Headquarters, Royal Brunei Armed Forces (JFHQ RBAF), led by Lieutenant Amira Nur’ezzati binti Jali conducted the second visit to the Centre of Islamic Calligraphy and Arts Studies of Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (PPKKIYSHHB) located at Rumah Semaun, Jalan Jerambak, Bandar Seri Begawan. The first inaugural visit was led by Lieutenant Mohammad Hadi Samsol bin Alex Qurnaine on 25 July 2025 with a delegation of 16 JFHQ members.

Both visits were warmly welcomed by Dk Siti Nurul Iryani binti Pg Othman, the officer-in-charge at PPKKI-YSHHB. The programme commenced with a group photo, followed by a tour to the Lauhah Al-Islamiah Gallery, which features an impressive collection of Islamic calligraphy and art artifacts, showcasing both international pieces and local calligraphy creations and masterpieces. The visit continued to the Al-Aswad Gallery, where the delegation explored exhibits related to the evolution of Jawi scripts within the Bruneian Sultanate’s History. The gallery employs hologram technology to demonstrate the writing process, providing an immersive educational experience. Additionally, participants also had the opportunity to practice Islamic calligraphy by writing Jawi characters using special pens, guided by local calligraphers. The tour concluded with a visit to the local product gallery, highlighting traditional Bruneian handicrafts such as Jongsarat, Sinjang, Songkok and more. 

The visit is aimed to enrich JFHQ RBAF members’ understanding and appreciation of Jawi script arts - a treasured cultural heritage of the Malay community that must be preserved in Brunei Darussalam. In line with the nation’s philosophy of Malay Islamic Monarchy, this exposure seeks to raise awareness about the importance of safeguarding cultural legacy for future generations.

SESI LAWATAN PERTAMA





SESI LAWATAN KEDUA






MAB ABDB ADAKAN LAWATAN PERTAMA KE PUSAT PENGAJIAN KESENIAN DAN KALIGRAFI ISLAM YAYASAN SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH 

BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 01 Ogos 2025 – Seramai 16 anggota Markas Angkatan Bersama, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (MAB ABDB), yang diketuai oleh Leftenan Amira Nur’ezzati binti Jali, telah mengadakan lawatan kedua ke Pusat Pengajian Kesenian dan Kaligrafi Islam Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (PPKKI-YSHHB) bertempat di Rumah Semaun, Jalan Jerambak, Bandar Seri Begawan. Manakala, lawatan pertama yang diketuai oleh Leftenan Mohammad Hadi Samsol bin Alex Qurnaine telah dilaksanakan pada 25 Ogos 2025 juga dengan rombongan seramai 16 anggota MAB ABDB. 

Kedua-dua lawatan telah disambut oleh Dk Siti Nurul Iryani binti Pg Othman, Pegawai Bertugas di PPKKI-YSHHB. Program dimulakan dengan sesi bergambar ramai, diikuti oleh lawatan ke Galeri Lauhah Al-Islamiah yang menempatkan koleksi kaligrafi Islam dan artifak seni yang menampilkan karya dari dalam dan luar negara serta hasil kaligrafi tempatan yang unggul. Lawatan diteruskan ke Galeri Al-Aswad, di mana anggota rombongan berpeluang meneroka pameran yang memaparkan perkembangan tulisan Jawi dalam sejarah Kesultanan Brunei. Galeri ini menggunakan teknologi hologram untuk mempersembahkan proses penulisan secara interaktif bagi memberi pengalaman pembelajaran yang lebih mendalam. Selain itu, para peserta juga berpeluang untuk mencuba seni kaligrafi dengan menulis huruf Jawi menggunakan pen khas, dibimbing oleh penulis kaligrafi tempatan yang berkemahiran. Rombongan mengakhiri kunjungan dengan lawatan ke galeri produk tempatan yang mempamerkan hasil kraftangan tradisional Brunei seperti Kain Jongsarat, Sinjang, Songkok dan pelbagai produk lainnya. 

Lawatan ini bertujuan untuk memperkaya pemahaman dan penghargaan anggota MAB ABDB terhadap seni tulisan Jawi – satu warisan budaya berharga bagi masyarakat Melayu yang mesti dipelihara di Negara Brunei Darussalam. Selaras dengan falsafah negara Melayu Islam Beraja, pendedahan ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran tentang kepentingan memelihara legasi budaya untuk generasi akan datang.