BOLKIAH GARISSON, Thursday, 7 May 2026 - The Cyber Security Awareness Brief was successfully conducted by the Cyber Defence Unit, Joint Force, Royal Brunei Armed Forces (JF RBAF) at the Ministry of Defence, Bolkiah Garisson. Present during the ceremony was Colonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, JF Commander, Senior Officers as well as officers and personnel of JF RBAF.
The objective of this brief is to enhance awareness among JF RBAF's officers and personnel on current cyber threats and cyber security best practices. The briefing served as an important platform to educate participants on the growing challenges posed by cyber threats and the measures that can be taken to mitigate potential risks. It also reflects the organisation's commitment towards strengthening cyber security awareness and fostering a culture of cyber vigilance among all personnel.
Through the presentations and sharing sessions, participants were exposed to various forms of cyber threats currently faced by the organisation and individuals, including the importance of adopting safe digital practices and maintaining a high level of awareness when handling information systems and online platforms. The roadshow also highlighted the role and responsibilities of the Cyber Defence Unit in safeguarding cyber infrastructure and supporting efforts to strengthen cyber resilience within the organisation.
ANGKATAN BERSAMA MENGADAKAN TAKLIMAT KESEDARAN KESELAMATAN SIBER
BOLKIAH GARISON, Khamis, 7 Mei 2026 - Taklimat Kesedaran Keselamatan Siber telah berjaya dianjurkan oleh Unit Pertahanan Siber, Angkatan Bersama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (AB ABDB) yang berlangsung di Kementerian Pertahanan. Hadir pada taklimat jerayawara tersebut ialah Kolonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Pemerintah AB ABDB, Pegawai-Pegawai Kanan serta pegawai dan anggota AB ABDB.
Tujuan taklimat jerayawara ini diadakan adalah bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan pegawai dan anggota AB ABDB mengenai ancaman siber semasa serta amalan terbaik keselamatan siber. Taklimat ini menjadi platform penting untuk memberi pendedahan kepada para peserta mengenai cabaran yang semakin meningkat akibat ancaman siber serta langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengurangkan risiko yang berpotensi berlaku. Ia juga mencerminkan komitmen organisasi dalam memperkukuhkan kesedaran keselamatan siber dan memupuk budaya kewaspadaan siber dalam kalangan seluruh anggota.
Melalui sesi pembentangan dan perkongsian, para peserta didedahkan kepada pelbagai bentuk ancaman siber yang sedang dihadapi oleh organisasi dan individu, termasuk kepentingan mengamalkan penggunaan digital secara selamat serta mengekalkan tahap kesedaran yang tinggi semasa mengendalikan sistem maklumat dan platform dalam talian. Taklimat ini juga turut mengetengahkan peranan dan tanggungjawab Unit Pertahanan Siber dalam melindungi infrastruktur siber serta menyokong usaha memperkukuhkan daya tahan siber dalam organisasi.




