BOLKIAH GARRISON, Thursday, 3 September 2026 – The Joint Force Royal Brunei Armed Forces (JF RBAF) organised a blood donation campaign in conjunction with the 65th anniversary of the RBAF, held at the Bolkiah Garrison Gymnasium.
The campaign was held in collaboration with the Blood Donation Centre, Department of Laboratory Services Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) Hospital, Ministry of Health. A total of 80 personnel, including civilian staff from MINDEF and RBAF, had participated in the donation and successfully contributed 55 pints of blood.
The campaign highlights the importance of collective effort in addressing the nation’s healthcare needs and promoting social responsibility. This initiative also reflects RBAF’s dedication to community welfare and strengthening unity within the country in line with this year’s RBAF 65th anniversary theme, “Bersama Bersatu Mencapai Cita Negara”.

KEMPEN DERMA DARAH SEMPENA HARI ULANG TAHUN ABDB KE-65
BOLKIAH GARRISON, Khamis, 3 September 2026 – Angkatan Bersama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (AB ABDB) telah menganjurkan Kempen Derma Darah bersempena Hari Ulang Tahun ABDB ke-65 yang dilaksanakan di Dewan Gerak Badan, Bolkiah Garison.
Kempen ini dikendalikan dengan kerjasama Pusat Pendermaan Darah, Jabatan Perkhidmatan Makmal, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS), Kementerian Kesihatan. Seramai 80 anggota ABDB termasuk orang awam dari Kementerian Pertahanan telah menyertai kempen tersebut dan berhasil mengumpulkan sebanyak 55 pain darah.
Kempen ini menekankan pentingnya usaha bersama dalam memenuhi keperluan kesihatan negara dan memupuk tanggungjawab sosial. Inisiatif ini juga mempamerkan komitmen ABDB terhadap kebajikan masyarakat dan memperkukuhkan perpaduan negara selaras dengan tema Hari Ulang Tahun ABDB ke-65, “Bersama Bersatu Mencapai Cita Negara”.






