RIMBA AIR FORCE BASE, Wednesday, 14 October 2026 – The Cyber Defence Unit, Joint Force Royal Brunei Armed Forces (JF RBAF), conducted a Cyber Security Awareness Briefing at Dewan Punai, Rimba Air Force Base. Attended by 80 officers and personnel of the Royal Brunei Air Force (RBAirF), the briefing aimed to raise awareness of current cyber threats and cyber security best practices.

Through presentations and sharing sessions, participants were briefed on cyber threats affecting organisations and individuals, as well as measures to reduce potential risks. Emphasis was placed on safe digital practices and vigilance when using information systems and online platforms.

The briefing also outlined the roles and responsibilities of the Cyber Defence Unit in safeguarding cyber infrastructure and supporting efforts to strengthen the organisation’s cyber resilience. The initiative forms part of ongoing efforts to strengthen cyber security awareness and promote a culture of cyber vigilance among RBAirF officers and personnel.

TAKLIMAT KESEDARAN KESELAMATAN SIBER BAGI WARGA TENTERA UDARA DIRAJA BRUNEI

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Rabu, 14 Oktober 2026 – Unit Pertahanan Siber, Angkatan Bersama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (AB ABDB), telah mengadakan Taklimat Kesedaran Keselamatan Siber di Dewan Punai, Pangkalan Tentera Udara Rimba. Taklimat yang dihadiri oleh 80 orang pegawai dan anggota Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) ini bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai ancaman siber semasa serta amalan terbaik keselamatan siber.

Melalui pembentangan dan sesi perkongsian, para peserta diberikan penerangan mengenai ancaman siber yang dihadapi oleh organisasi dan individu serta langkah-langkah untuk mengurangkan risiko berkenaan. Penekanan diberikan kepada amalan penggunaan teknologi digital secara selamat dan sikap berwaspada ketika menggunakan sistem maklumat serta platform dalam talian. Taklimat ini turut menjelaskan peranan dan tanggungjawab Unit Pertahanan Siber dalam melindungi infrastruktur siber serta menyokong usaha memperkukuh daya tahan siber organisasi. Pelaksanaan taklimat ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan untuk memperkukuh kesedaran keselamatan siber serta membudayakan sikap berwaspada terhadap ancaman siber dalam kalangan pegawai dan anggota TUDB.