BOLKIAH GARRISON, Tuesday, 28 October 2025 – A Doa Selamat ceremony for the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) contingent that is set to deploy with the Malaysian Battalion 850-13 (MALBATT 850-13) as part of the United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL) peacekeeping mission was held at Surau Ad-Difa’, Bolkiah Garrison this afternoon.
Present at the ceremony were Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister at the Prime Minister’s Office and Minister of Defence II; Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the RBAF; and Yang Mulia Encik Abdul Munir Lutfi bin Said, Deputy High Commissioner of Malaysia to Brunei Darussalam.
Also, in attendance were Members of the Defence Executive Committee, Members of the RBAF Executive Committee, Deputy Director of the Department of International Organisations, Ministry of Foreign Affairs, representative of Defence Adviser Malaysia to Brunei Darussalam, and senior officers and personnel from the Ministry of Defence as well as families of the personnel involved in the peacekeeping mission.
The contingent led by Major Mohd Ihya’uddin bin Haji Isyak, consisting of 21 personnel, comprises 3 officers and 18 other ranks, including 2 female members, who will be deployed for a period of 12 months. They are scheduled to depart for Malaysia on Thursday, 30 October 2025, before continuing their journey with MALBATT-13 contingent to Lebanon.
The ceremony was held with the purpose of seeking blessings and protection from Allah Subhanahu wa Ta’ala for the RBAF MALBATT 850-13 contingent, as well as to pray for the success and smooth execution of their mission.
Additionally, the event featured a religious talk delivered by Lieutenant Colonel Abdul Mujib bin Haji Japar, Acting Director of the RBAF Religious Directorate, titled ‘Fathul Mubin Kemenangan Yang Menguji Iman’. It emphasised the importance of reliance on Allah Subhanahu wa Ta’ala in carrying out duties and responsibilities. The lecture also highlighted the importance of Doa from families, relatives, and the nation to further bless their mission.
Brunei Darussalam has demonstrated unwavering commitment through its participation in the UNIFIL mission under MALBATT since 2008, exemplifying a high level of dedication in supporting international efforts to maintain global peace and stability. Through this sustained involvement, Brunei Darussalam has successfully strengthened diplomatic relations and military cooperation with various countries, subsequently showcasing the capability and professionalism of the RBAF in fulfilling global responsibilities at the international level.

BOLKIAH GARISON, Selasa, 28 Oktober 2025 - Majlis Doa Selamat untuk pemergian kontinjen Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang akan menyertai Malaysian Battalion 850-13 (MALBATT 850-13) sebahagian daripada misi pengaman Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) telah diadakan di Surau Ad-Difa’, Bolkiah Garison petang ini.
Hadir pada majlis tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II; Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah ABDB; dan Yang Mulia Encik Abdul Munir Lutfi bin Said, Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam (NBD).
Turut hadir ialah Ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif Pertahanan, Jawatankuasa Eksekutif ABDB, Timbalan Pengarah Jabatan Pertubuhan Antarabangsa, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri, Wakil kepada Penasihat Pertahanan Malaysia ke NBD, serta Pegawai-Pegawai Kanan dan anggota-anggota dari Kementerian Pertahanan serta ahli keluarga anggota-anggota yang menyertai misi pengaman.
Kontinjen ABDB diketuai oleh Mejar Mohd Ihya’uddin bin Haji Ishak, terdiri daripada 21 orang anggota yang merangkumi 3 pegawai, 18 anggota lain-lain peringkat, termasuk 2 anggota askar wanita, akan melaksanakan misi selama 12 bulan. Mereka dijadualkan berlepas ke Malaysia pada hari Khamis, 30 Oktober 2025, sebelum meneruskan perjalanan mereka bersama MALBATT 850-13 ke Lubnan.
Majlis ini diadakan dengan tujuan memohon keberkatan dan perlindungan daripada Allah Subhanahu wa Ta’ala bagi kontinjen ABDB MALBATT 850-13 serta mendoakan kejayaan dan kelancaran misi mereka.
Di samping itu, majlis turut diselitkan dengan penyampaian tazkirah oleh Leftenan Kolonel Abdul Mujib bin Haji Japar, Pemangku Pengarah Jabatanarah Agama ABDB, bertajuk ‘Fathul Mubin Kemenangan Yang Menguji Iman’. Tazkirah tersebut menekankan berkenaan dengan kepentingan bertawakal kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab. Beliau mengingatkan kepentingan iringan doa daripada keluarga, saudara-mara, serta negara dalam memberkati perjuangan mereka.
NBD telah menunjukkan komitmen yang berterusan dalam penyertaan misi UNIFIL di bawah MALBATT sejak tahun 2008, dengan mempamerkan dedikasi yang tinggi dalam menyokong usaha-usaha antarabangsa bagi mengekalkan keamanan dan kestabilan global. Melalui penglibatan yang komitmen ini, NBD telah berjaya memperkukuhkan hubungan diplomatik serta kerjasama ketenteraan dengan pelbagai negara, sekaligus membuktikan keupayaan dan profesionalisme ABDB dalam melaksanakan tanggungjawab penting di peringkat antarabangsa.

