Bandar Seri Begawan, Thursday, 2 July 2026 – The Final Planning Conference (FPC) for the 32nd Cooperation Afloat Readiness and Training (CARAT 32/2026) was held from 1 to 2 July 2026 at the Meeting Room, Radisson Hotel, Bandar Seri Begawan. The conference was hosted by the United States Navy (USN) as part of the final preparations for the forthcoming bilateral exercise between the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) and the United States Navy.

The conference was co-chaired by Major (U) Pg Muhd Mufid bin Pg Haji Umar Ariffin representing the Royal Brunei Armed Forces and Commander Bratton representing the United States Navy. The two-day meeting brought together representatives from both armed forces to finalise the exercise planning, coordinate operational and administrative arrangements, and confirm the conduct of activities for CARAT 32/2026.

In his opening remarks, Commander Bratton highlighted that the CARAT exercise remains the longest-standing bilateral military engagement between Brunei Darussalam and the United States, reflecting the enduring defence relationship between the two countries. He acknowledged the extensive planning and close cooperation undertaken by both delegations in preparation for the exercise. Major (U) Pg Muhd Mufid also expressed his appreciation for the continued commitment demonstrated by both armed forces in ensuring the successful planning of CARAT 32/2026. He reaffirmed that the exercise continues to serve as an important platform for strengthening maritime security cooperation, enhancing interoperability, and fostering professional military-to-military engagement. He further emphasised that the sustained commitment of both nations reflects the strong and longstanding defence partnership between Brunei Darussalam and the United States, while contributing towards regional peace, stability, and maritime security.

Throughout the conference, both delegations reviewed and confirmed the exercise objectives, operational serials, logistical coordination, safety measures, and administrative requirements to ensure the successful execution of CARAT 32/2026. This exercise has remained a cornerstone of defence cooperation between Brunei Darussalam and the United States. Through regular professional exchanges, combined training, and operational collaboration, CARAT continues to strengthen mutual understanding and the ability of both armed forces to operate effectively together in support of regional security and stability.

PERSIDANGAN PERANCANGAN AKHIR BAGI COOPERATION AFLOAT READINESS AND TRAINING KE-32 (CARAT 32/2026)

Bandar Seri Begawan, Khamis, 2 Julai 2026 – Persidangan Perancangan Akhir (FPC) bagi Cooperation Afloat Readiness and Training Ke-32 (CARAT 32/2026) telah diadakan pada 1 dan 2 Julai 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat, Radisson Hotel, Bandar Seri Begawan. Persidangan tersebut telah dianjurkan oleh Tentera Laut Amerika Syarikat (TLAS) sebagai sebahagian daripada persiapan akhir menjelang pelaksanaan eksesais dua hala antara Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan TLAS.

Persidangan ini dipengerusikan bersama oleh Major (U) Pg Muhd Mufid bin Pg Haji Umar Ariffin, perwakilan ABDB dan Komander Bratton perwakilan TLAS. Persidangan selama dua hari tersebut menghimpunkan wakil daripada kedua-dua angkatan bagi memuktamadkan perancangan eksesais, menyelaras aspek operasi dan pentadbiran, serta mengesahkan pelaksanaan keseluruhan aktiviti bagi CARAT 32/2026.

Dalam ucapan pembukaannya, Komander Bratton menegaskan bahawa eksesais CARAT merupakan penglibatan ketenteraan dua hala yang paling lama berlangsung antara Negara Brunei Darussalam dan Amerika Syarikat, pada masa yang sama mencerminkan hubungan pertahanan yang kukuh serta berkekalan antara kedua-dua negara. Komander Bratton turut menghargai usaha perancangan yang menyeluruh serta kerjasama erat yang telah dilaksanakan oleh kedua-dua delegasi sebagai persediaan bagi menjayakan eksesais tersebut. Sementara itu, Mejar (U) Pg Muhd Mufid juga merakamkan penghargaan atas komitmen berterusan yang ditunjukkan oleh kedua-dua angkatan dalam memastikan perancangan CARAT 32/2026 dapat dilaksanakan dengan jayanya. Mejar (U) Pg Muhd Mufid turut menegaskan bahawa eksesais ini terus menjadi mekanisme penting dalam memperkukuh kerjasama keselamatan maritim, meningkatkan interoperabiliti, serta mempererat hubungan profesional ketenteraan antara kedua-dua negara. Mejar (U) Pg Muhd Mufid seterusnya menekankan bahawa komitmen berterusan yang dizahirkan oleh kedua-dua pihak mencerminkan hubungan pertahanan yang kukuh dan telah lama terjalin, di samping menyumbang kepada keamanan, kestabilan dan keselamatan maritim di peringkat serantau.

Sepanjang persidangan berlangsung, kedua-dua delegasi telah meneliti serta mengesahkan objektif eksesais, siri-siri operasi, penyelarasan logistik, langkah-langkah keselamatan serta keperluan pentadbiran bagi memastikan pelaksanaan CARAT 32/2026 berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang telah ditetapkan. Eksesais ini telah menjadi antara tonggak utama kerjasama pertahanan antara Negara Brunei Darussalam dan Amerika Syarikat. Melalui pertukaran profesional secara berterusan, eksesais bersama serta kerjasama operasi, CARAT terus memperkukuh persefahaman bersama dan meningkatkan keupayaan kedua-dua angkatan untuk beroperasi secara bersepadu dalam menyokong keamanan, keselamatan dan kestabilan serantau.