BOLKIAH GARRISON, Wendesday, 16 November 2022 – Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Joint Force Commander received an introductory call from Colonel Nor Azizi bin Abdullah, Malaysian Defence Advisor to Brunei Darussalam at the Joint Force Headquarters. Also present are Senior Staff Officers from Joint Force Headquarters.
During the call, the Joint Force Commander congratulated him on his new appointment as the Malaysian Defence Advisor to Brunei Darussalam and expressed his pleasure for the warm and friendly bilateral relations between the two countries. Both sides reaffirmed the friendly defence relations between Brunei Darussalam and Malaysia and look forward to continue the positive development in defence diplomacy and active interactions in the future.
The call signifies the longstanding relationship between both countries as a platform to enhance current bilateral relations such as the involvement of RBAF personnel in MALBATT, UNIFIL and also future engagement opportunities such as training and exercises.



PEMERINTAH ANGKATAN BERSAMA, ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI MENERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARI PENASIHAT PERTAHANAN MALAYSIA KE BRUNEI DARUSSALAM
BOLKIAH GARRISON, Rabu, 16 November 2022 – Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Pemerintah Angkatan Bersama menerima kunjungan hormat daripada Kolonel Nor Azizi bin Abdullah, Penasihat Pertahanan Malaysia ke Negara Brunei Darussalam di Markas Angkatan Bersama. Turut hadir ialah Pegawai-pegawai Turus daripada Markas Angkatan Bersama.
Semasa panggilan itu, Pemerintah Angkatan Bersama telah mengucapkan tahniah atas pelantikan baharunya sebagai Penasihat Pertahanan Malaysia ke Negara Brunei Darussalam dan melahirkan rasa gembira atas hubungan dua hala yang mesra diantara Negara Brunei Darussalam dengan Malaysia. Kedua pihak menegaskan semula hubungan pertahanan yang kukuh dan berharap untuk meneruskan perkembangan positif dalam diplomasi pertahanan dan interaksi yang aktif pada masa hadapan.
Kunjungan hormat itu menandakan hubungan terjalin lama antara kedua negara sebagai platform untuk meningkatkan hubungan dua hala semasa seperti penglibatan anggota ABDB di MALBATT, UNIFIL dan juga peluang penglibatan masa depan seperti latihan dan eksesais.