BOLKIAH GARRISON, Wednesday, 26 August 2026 – Colonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Joint Force Commander, Royal Brunei Armed Forces (RBAF), received a courtesy call from Mr Josh Szimonisz, Regional Humanitarian Civil-Military Advisor, Center for Excellence in Disaster Management & Humanitarian Assistance (CFE-DM), United States Indo-Pacific Command (US PACOM), held at the Ministry of Defence. Also present were the Chief of Staff and Staff Officer Grade 2 Joint Air Operation, Joint Force RBAF.

During the call, the Joint Force Commander welcomed Mr Josh Szimonisz and discussed on potential areas for Humanitarian Assistance and Disaster Relief (HADR) cooperation.  The engagement provided an opportunity for both sides to exchange views on strengthening civil-military coordination and enhancing the RBAF’s capabilities in supporting HADR operations. The discussions also explored potential avenues for future collaboration between US PACOM and the RBAF, particularly in strengthening HADR preparedness, enhancing regional cooperation, and promoting greater integration of HADR efforts across the region.

Both sides acknowledged the longstanding defence cooperation between the United States and Brunei Darussalam, which continues to be strengthened through regular dialogue, military exchanges, training activities, joint exercises, and regional security engagements conducted through bilateral and multilateral platforms. These longstanding engagements are underpinned by the 1994 Memorandum of Understanding between the two countries, which has contributed to fostering interoperability, mutual understanding, and trust between respective armed forces. Both sides reaffirmed their commitment to further strengthening defence cooperation and enhancing mutual understanding between Brunei Darussalam and the United States.

Mr Josh Szimonisz is currently serving as the Regional Humanitarian Civil-Military Advisor based in Bangkok, Thailand. He is assigned to the United States Embassy Bangkok at the Joint United States Military Advisory Group Thailand (JUSMAGTHAI).

PEMERINTAH ANGKATAN BERSAMA TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA REGIONAL HUMANITARIAN CIVIL-MILITARY ADVISOR, CENTER FOR EXCELLENCE IN DISASTER MANAGEMENT & HUMANITARIAN ASSISTANCE (CFE-DM), UNITED STATES INDO-PACIFIC COMMAND (US PACOM)

BOLKIAH GARISON, Rabu, 26 Ogos 2026 – Kolonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Pemerintah Angkatan Bersama, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), telah menerima kunjungan hormat daripada Mr Josh Szimonisz, Regional Humanitarian Civil-Military Advisor, Center for Excellence in Disaster Management & Humanitarian Assistance (CFE-DM), United States Indo-Pacific Command (US PACOM), yang berlangsung di Kementerian Pertahanan. Turut hadir ialah Ketua Staf dan Timbalan Pegawai Turus Operasi Udara Bersama, Angkatan Bersama ABDB.

Dalam kunjungan tersebut, Pemerintah Angkatan Bersama mengalu-alukan kehadiran Mr Josh Szimonisz membincangkan potensi bidang kerjasama dalam Bantuan Kemanusiaan dan Bantuan Bencana (HADR). Perbincangan tersebut turut menjadi platform bagi kedua-dua pihak untuk bertukar-tukar pandangan mengenai usaha memperkukuh penyelarasan awam-tentera serta meningkatkan keupayaan ABDB dalam melaksanakan operasi HADR. Kedua-dua pihak juga meneroka peluang kerjasama pada masa hadapan antara US PACOM dan ABDB, khususnya dalam mempertingkat kesiapsiagaan HADR, memperkukuh kerjasama serantau serta menggalakkan integrasi yang lebih berkesan dalam usaha bantuan kemanusiaan dan bantuan bencana di rantau ini.

Kedua-dua pihak mengiktiraf hubungan kerjasama pertahanan yang telah lama terjalin antara Brunei Darussalam dan Amerika Syarikat, yang terus diperkukuh melalui dialog berterusan, pertukaran ketenteraan, latihan, eksesais bersama serta penglibatan dalam bidang keselamatan serantau melalui platform dua hala dan pelbagai hala. Kerjasama yang telah lama terjalin ini adalah berlandaskan Memorandum Persefahaman (MoU) 1994 antara kedua-dua negara, yang telah menyumbang kepada peningkatan kepelbagaian operasi, persefahaman dan kepercayaan antara angkatan bersenjata kedua-dua negara. Kedua-dua pihak menegaskan semula komitmen untuk terus memperkukuh kerjasama pertahanan dan meningkatkan persefahaman antara Brunei Darussalam dan Amerika Syarikat. Mr Josh Szimonisz kini berkhidmat sebagai P Regional Humanitarian Civil-Military Advisor yang berpangkalan di Bangkok, Thailand. Beliau ditugaskan di Kedutaan Amerika Syarikat di Bangkok di bawah Joint United States Military Advisory Group Thailand (JUSMAGTHAI).