BOLKIAH GARRISON, Thursday, 15 October 2026 – Colonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Joint Force Commander, Royal Brunei Armed Forces (RBAF), received a courtesy call from Major General Garth Gould, CSC, DSM, Special Operations Commander Australia, Australian Army, at Joint Force Headquarters, Bolkiah Garrison. Also present during the call were the Chief of Staff Joint Force RBAF, Staff Officer Grade 1 Special Operations Command, Staff Officer Grade 1 Joint Training and Staff Officer Grade 2 Joint Intelligence (Analysis). The courtesy call formed part of Major General Gould’s visit to Brunei Darussalam from 14 to 15 October 2026.
The Joint Force Commander RBAF expressed his appreciation to the Special Operations Commander Australia and his delegations for the close collaboration between the RBAF and the Australian Defence Force as strategic partners in the Indo-Pacific region. The courtesy call highlighted the longstanding cooperation between the RBAF Special Forces Regiment and Australia’s Special Operations Command (SOCOMD), particularly with the 1st Commando Regiment through the Exercise LEOPARD series. Established in 1995, the series provides complementary training in jungle operations in Brunei Darussalam as well as counter-terrorism and urban operations in Australia.
The call provided an opportunity to explore closer cooperation between the newly established RBAF Special Operations Command (RBAF SOCOM) and Australian SOCOMD, particularly through exchanges of expertise, capacity-building initiatives and joint training. Brunei Darussalam and Australia elevated their bilateral relationship to a Comprehensive Partnership during His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam’s State Visit to Australia from 19 June 2023. Continued defence engagements and professional exchanges support this partnership by strengthening practical cooperation and the longstanding friendship between both armed forces.







PEMERINTAH ANGKATAN BERSAMA ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA PEMERINTAH OPERASI KHAS AUSTRALIA, TENTERA DARAT AUSTRALIA
BOLKIAH GARISON, Khamis, 15 Oktober 2026 – Kolonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Pemerintah Angkatan Bersama, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah menerima kunjungan hormat daripada Mejar Jeneral Garth Gould, CSC, DSM, Special Operations Commander Australia, Tentera Darat Australia, di Markas Angkatan Bersama, Bolkiah Garison. Turut hadir ialah Ketua Staf Angkatan Bersama ABDB, Pegawai Turus Markas Operasi Khas, Pegawai Turus Latihan Bersama dan Timbalan Pegawai Turus Perisikan Bersama (Analisis). Kunjungan hormat tersebut merupakan sebahagian daripada lawatan Mejar Jeneral Gould ke Negara Brunei Darussalam (NBD) pada 14 hingga 15 Oktober 2026.
Pemerintah Angkatan Bersama ABDB merakamkan penghargaan kepada Special Operations Commander Australia dan rombongannya atas kerjasama erat antara ABDB dengan Angkatan Pertahanan Australia sebagai rakan strategik di rantau Indo-Pasifik. Kunjungan hormat tersebut mengetengahkan kerjasama yang telah lama terjalin antara Rejimen Pasukan Khas ABDB dengan Special Operations Command Australia, khususnya bersama Rejimen Komando Pertama melalui siri Eksesais LEOPARD. Siri eksesais yang bermula pada tahun 1995, menyediakan latihan yang saling melengkapi dalam operasi hutan di NBD serta operasi anti-pengganasan dan urban operation di Australia.
Kunjungan hormat tersebut turut membuka ruang untuk meneroka kerjasama yang lebih erat antara Markas Operasi Khas ABDB yang baharu ditubuhkan, dengan Special Operations Command Australia, khususnya melalui pertukaran kepakaran, inisiatif pembangunan keupayaan dan latihan bersama. NBD dan Australia telah menaik taraf hubungan dua hala kepada Perkongsian Komprehensif semasa Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan NBD ke Australia pada 19 Jun 2023. Hubungan pertahanan dan pertukaran profesional yang berterusan mendukung perkongsian ini dengan memperkukuh kerjasama praktikal serta persahabatan yang lama terjalin antara angkatan tentera kedua-dua buah negara.