BERIBI, GADONG, Thursday, 13 April 2023 - The Joint Force Headquarters (JFHQ) conducted a working visit to Cyber Security Brunei (CSB) on Thursday, 13 April 2023 to strengthen collaboration and explore opportunities for capacity building. The visit was aimed to expand mutual understanding and identifying areas of common interest between the two agencies.
The JFHQ delegation was led by Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Joint Force Commander, while the CSB was led by Interim Commissioner, Shamsul Bahri bin Hj Kamis. During the visit, Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin expressed his appreciation for the warm welcome and hospitality extended by the CSB team, and commended their efforts in safeguarding the nation’s cyber space.
Interim Commissioner, Shamsul Bahri bin Hj Kamis welcomed the visit by the JFHQ and are pleased to explore further opportunities for collaboration.
Both parties acknowledged the significance of the visit in strengthening the existing collaboration. The visit concluded with a commitment to continue working closely together to enhance cyber security capabilities and address emerging cyber threats.

LAWATAN KERJA MARKAS ANGKATAN BERSAMA ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI KE CYBER SECURITY BRUNEI BAGI MENINGKATKAN KERJASAMA DAN PENINGKATAN KAPASITI.
BERIBI, GADONG, Khamis, 13 April 2023 - Markas Angkatan Bersama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (MAB ABDB) telah melaksanakan lawatan kerja ke Cyber Security Brunei (CSB) pada hari Khamis, 13 April 2023 bagi memperkukuhkan kerjasama dan mendapatkan peluang untuk peningkatan kapasiti. Lawatan tersebut bertujuan bagi memperluas pemahaman bersama dan mengenalpasti bidang kepentingan bersama bagi kerjasama bersama kedua-dua agensi.
Delegasi MAB ABDB diketuai oleh Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Pemerintah Angkatan Bersama, manakala CSB dipimpin oleh Interim Commissioner, Shamsul Bahri bin Hj Kamis. Semasa lawatan, Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin menyatakan penghargaan terhadap sambutan mesra dan keramahan yang diberikan oleh pasukan CSB, dan memuji usaha mereka dalam memelihara keselamatan ruang siber negara.
Interim Commissioner, Shamsul Bahri bin Hj Kamis menyambut lawatan dari delegasi MAB ABDB dan gembira untuk mendapatkan peluang kerjasama lanjut.
Kedua-dua pihak mengakui kepentingan lawatan dalam memperkukuhkan kerjasama sedia ada. Lawatan diakhiri dengan komitmen untuk terus bekerja rapat bersama-sama untuk meningkatkan keupayaan keselamatan siber dan mengatasi ancaman siber yang sedang berkembang.