GADONG, Thursday, 24 September 2026 — Lieutenant Commander Muhd Hamizan bin Jalil, RBN from the Joint Force Royal Brunei Armed Forces (JF RBAF) attended the ReCAAP Information Sharing Centre (ISC) Cluster Meeting 2026 on Regional Cooperation Agreement on Combating Piracy and Armed Robbery against Ships in Asia, held from 21-24 September 2026 at the Centrepoint Hotel, Gadong.

The four-day ReCAAP ISC Cluster Meeting was co-organised by the ReCAAP ISC and the Royal Brunei Police Force (RBPF), together with the National Maritime Coordination Centre. Present to officiate the meeting and the commemoration of the ReCAAP 20th Anniversary was Yang Mulia Dato Paduka Seri Awang Sulaiman bin Alidin, the Commissioner of Police, RBPF and Vijay Chefekar, the Executive Director of ReCAAP.

The meeting brought together maritime security stakeholders from Brunei Darussalam, including the Marine Police RBPF, JF RBAF, Brunei Gas Carriers (BGC) and the Maritime and Port Authority of Brunei Darussalam (MPABD). International participants included representatives from Cambodia, the Philippine Coast Guard, the Royal Thai Navy, the Indonesian National Police and the People’s Republic of China.

Participants engaged in group discussions on the application of artificial intelligence in counter-piracy and cross-border security operations. Discussions also focused on current maritime security challenges, emerging regional threats and opportunities to further strengthen the ReCAAP framework.

As part of the meeting, Lieutenant Commander Muhd Hamizan bin Jalil, RBN, delivered a presentation entitled “Emerging Technologies in Maritime Security Operations.”

The meeting provided an important platform for maritime stakeholders, including the RBAF in exchanging perspectives, enhance mutual understanding and identify practical opportunities to strengthen cooperation in the South China Sea and throughout the wider region.

PEGAWAI ANGKATAN BERSAMA ABDB SERTAI MESYUARAT KESELAMATAN MARITIM SERANTAU

GADONG, Khamis, 24 September 2026 — Leftenan Komander Muhd Hamizan bin Jalil, Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), daripada Angkatan Bersama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (AB ABDB), telah menyertai Mesyuarat ReCAAPInformation Sharing Centre (ISC) Cluster Meeting 2026 on Regional Cooperation Agreement on Combating Piracy and Armed Robbery against Ships in Asia yang berlangsung dari 21-24 September 2026 di Hotel Centrepoint, Gadong.

Mesyuarat selama empat hari tersebut dianjurkan bersama oleh ReCAAP ISC, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dan Pusat Penyelarasan Maritim Kebangsaan. Mesyuarat tersebut yang bersempena sambutan ulang tahun ke-20 bagi penubuhan ReCAAP telah dirasmikan oleh Yang Mulia Dato Paduka Seri Awang Sulaiman bin Alidin, Pesuruhjaya Polis, PPDB and Vijay Chefekar, Pengarah Eksekutif ReCAAP.

Mesyuarat berkenaan menghimpunkan pihak berkepentingan dalam bidang keselamatan maritim Negara Brunei Darussalam, termasuk Polis Marin PPDB, AB ABDB, Brunei Gas Carriers (BGC) dan Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Brunei Darussalam (MPABD). Manakala, peserta antarabangsa terdiri daripada wakil-wakil dari Kemboja, Pengawal Pantai Filipina, Tentera Laut Diraja Thailand, Kepolisian Negara Republik Indonesia dan Republik Rakyat China.

Para peserta telah terlibat dalam perbincangan berkumpulan mengenai penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi membanterasan lanun dan operasi keselamatan rentas sempadan. Perbincangan turut menyentuh cabaran keselamatan maritim semasa, ancaman serantau yang semakin berkembang serta peluang untuk memperkukuh lagi rangka kerja ReCAAP.

Sebagai sebahagian daripada mesyuarat tersebut, Leftenan Komander Muhd Hamizan bin Jalil, TLDB, juga telah menyampaikan pembentangan bertajuk “Teknologi Baharu Muncul dalam Operasi Keselamatan Maritim.”

Mesyuarat tersebut menyediakan platform penting bagi pihak berkepentingan dalam bidang maritim, termasuk ABDB, untuk bertukar pandangan, meningkatkan persefahaman bersama serta mengenal pasti peluang praktikal bagi memperkukuh kerjasama di Laut China Selatan dan di seluruh rantau yang lebih luas.